Hi all.Ketemu lagi kita dalam entry yang seterusnya. Erm
kali ni ade sikit lain dalam entry ni sebab kita nak share tips yang kita baca
dari internet bagaimana nak galakkan anak kita supaya makan. Saya percaya semua
parents alami the same problems. Saya pun tengah alami benda yang sama. Tapi
percayalah budak2 ni die ada stage die bila die tanak makan tuh tak payah lar
paksa memang takkan makan punya. Erm tapi insyallah kita boleh cuba kot tips ni
sama-sama.Hope ade improvement.. J
1)
Rendah jangkaan anda (Lower your expectation).
Kanak-kanak tidak perlu makan sebanyak mana seperti orang dewasa. Perut seorang
kanak-kanak hanya kira-kira bersaiz sebesar penumbuk mereka. Percayalah mereka,
apabila mereka memberitahu anda mereka kenyang selepas hanya makan sejumlah
kecil.
2)
Cuba isikan bekas-bekas kecil dengan makanan-makanan
ringan yang berkhasiat (contoh: buah2an potong, biskut oat, roti,kekacang) dan
tinggalkan ia dalam jangkauan anak anda. Dengan cara ini mereka akan dapat mengisi
perut mereka dengan makanan ringan tadi sambil bermain. Gantikan makanan
selepas 1 hingga 2 jam untuk memastikan kesegarannya.
3)
Masukkan sekali anak-anak anda dalam perancangan
makan. Biarkan setiap kanak-kanak bergilir-gilir memilih hidangan sampingan
untuk satu hidangan sehari. Beri mereka pilihan hidangan untuk dipilih.
4)
Biarkan anak-anak anda untuk membantu
menyediakan makan. Malah anak kecil boleh duduk di meja dan membantu anda
menambah bahan-bahan atau kacau pinggan. Mereka akan lebih cenderung untuk
mencuba hidangan mereka apabila mereka turut serta menolong anda.
5)
Letakkan sesudu setiap makanan di atas pinggan
setiap kali anak anda makan. Malah jika ia tidak dimakan, simpan dahulu makanan
itu dan teruskan mencuba berulang. Insyallah akan berhasil juga walaupun
sedikit.
6)
Tawarkan sos cicah. Kanak-kanak suka bermain
dengan makanan mereka. Mempunyai keju, yogurt atau salad dressing untuk mencicah
buah-buahan dan sayur-sayuran dalam akan membuat makan lebih menyeronokkan.
7)
Cuba kurangkan susu dan jus sebelum makanan
utama untuk menjaga anak anda dari mengisi perut mereka dengan minuman bukannya
makanan. Anak-anak muda hanya perlu 2 cawan susu dan 6 oz. jus sehari
GOOD
LUCK.SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment