Hi all apa khabar.. :) assalamualaikum.Hihi kita ketemu kembali since my last post. Dah 2minggu juga yer kite semua umat Islam menyambut Aidilfitri.Macamne dengan sambutan Hari Raya anda semua?Mesti meriahkan dengan sanak saudara, menu makanan hari raya yang berbagai..Nyum..nyum.. :) yang paling seronok mestilah kanak2..dengan duit raya, bunga api, main dengan sepupu sampai malam tuh belum lagi baju raya yang bermacam kaler n berpasang2..huhu.
Sebut pasal raya dan budak2 ni..kali ni entry saya mengenai raya anak-anak (kanak-kanak) melayu di perantauan. Hehehe.Bila dah nama pon raya kan dekat mana sekali pon kita berada hari raya tetap disambut dengan meriah ye tak. :) Sama juga dengan kami yang berada jauh nun di benua eropah ni.Sambutan tetap dibuat walaupun tidak dapat nak lawan kemeriahan di Malaysia.
Pada tahun ini 1 syawal jatuh pada hari Ahad bersamaan 19 Ogos 2012. Kami disini bersyukur sebab jatuh pada hari Ahad.Kalau jatuh pada hari weekdays.. :(( alamatnya memang beraya di rumah/ di tempat kerja / di campus je la jawabnya. Seperti kebiasaannya kami dan masyarakat Malaysia yang lain akan beramai2 memeriahkan suasana di Malaysia Hall untuk jamuan hari raya oleh pihak kedutaan dan juga sembahyang raya.
Kemeriahan mula terasa selepas sembahyang raya di mana jamuan raya disediakan. Semua anak2 rantau yang dah lama rindukan makanan Melayu cepat2 buat que line.Lambat habis..hihi. Apa yang seronok bila berkumpul reramai ni bila semua orang pakai baju traditional kita iaitu baju melayu dan baju kurung/kebaya. Rasa homely, best dan bangga pon ada bila mat dan minah salleh tengok dengan rasa kagum (pelik sebenarnya) dress yang kita pakai hihi.
Beratur...Lambat tak dapat!
Nyanyi lagu negaraku ~ patriotik raya :)
Di sini saya uploadkan sedikit sebanyak suasana raya di Malaysia Hall dan gambar si kecil perantau beraya. Seperti kebiasaan pada Hari Raya pertama sudah tentulah baju2 traditional dan kebangsaan jadi pilihan ibubapa. Cuma sedikit perbezaan disini mereka tambahkan dengan 'jacket' / 'coat' untuk mengelakkan sejuk. Tak sama seperti tahun2 lepas.Tahun ni kami di belah2 benua Eropah ni beraya dalam musim panas/summer.So tade lar berkelubung dengan jacket tebal.

.JPG)
Kemeriahan dan kegembiraan beraya di Malaysia Hall biasanya tak lama mana. Kira-kira dalam tengah hari semua orang dah pakat2 balik atau pun beraya di rumah sahabat handai yang lain. Walaupun kekurangan rumah yang nak diserbu, namun kami disini masih lagi mengekalkan tradisi raya kunjung mengunjung rumah ke rumah. Cuma yang berbezanya rumah yang diserbu sikit dalam 2-3buah rumah dan masa bertandang agak lama dari pagi ke malam..hihi.
Suasana raya kami diteruskan lagi pada minggu seterusnya dengan jemputan rumah terbuka bagi rakan yang tak berkesempatan masa raya pertama dulu. :) Open house kami ni pulak ade macam2 style, ade yang buat style buffet, ade yang buat alar2 bbq dan ade jugak yang buat style 'pot luck' (biasanya orang bujang lar). Bagi yang ade laman blakang rumah tuh (backyard) memang agak meriah ler riuh rendah dengan anak2 kecik berlari ke sana sini..Disebabkan belum sejuk lagi untuk raya kedua ni fesyen pakaian anak2 lebih kepada casual.Macam gambar dibawah ni..
Oklah..itu saje sedikit sebanyak yang dapat saya coretkan tentang raya diperantauan ni. Apa yang dapat saya katakan walaupun di mana kita berada adat resam budaya tetap tidak kami lupakan dan perkara ini seharusnya kita pupuk dalam diri anak-anak kita walaupun bila dan di mana mereka berada supaya tidak hilang ditelan zaman... :) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Sebagai selingan dari Mat Luthfi
No comments:
Post a Comment