Tuesday, 11 September 2012

Cari baju baby?What is the criteria to look at..?

Assalamualaikum to all. Erm..Welcome again to my 4th entry of the blog. For those who have reading my previous entry thank you soooo much for the support. Really appreciate that.  :) Hari ini kita tengok industri pakaian baby n kanak-kanak berkembang dengan sangat pesat.Macam-macam fesyen, style design, colour sampai rambang mata dibuatnya bile nak shopping. Mengikut satu laporan kajian yang dibuat oleh Datamonitor US industri pakaian ini dijangka meningkat sebanyak $186 Billion pada tahun 2014 nanti. Peningkatan ini bertambah sebanyak 15% dari tahun 2009. Data ni menunjukkan bahawa fesyen pakaian kanak-kanak hari ini dah tak sama macam zaman kita dulu2. Makin lama makin complicated. Kalah baju untuk mak bapak. Hari ini terlalu banyak jenama pakaian baby n kanak-kanak yang dijual di kedai2, butik2 dekat online store..sampaikan jenama yang tak pernah dengar pon ade..huhu.

Nak carik baju untuk anak-anak ni bukan perkara mudah. Banyak perkara sebenarnya yang perlu diambil kira contohnya budget (main things), size, design, material, brand dan macam2 lagi. Ramai orang berpendapat, mencari pakaian untuk kanak-kanak kadang kala sesuatu yang agak sukar berdasarkan kepada isu-isu seperti perkembangan tubuh badan yang agak cepat (normal issue), ketahanan dan kualiti pakaian serta budget yang kadang kala agak membebankan. Jadi sebelum anda membeli pakaian untuk anak-anak anda, ia adalah penting untuk berfikir tentang apa yang anda beli, bukan hanya dari segi harga, tetapi juga dari segi kesesuaian untuk anak anda.

Perlu diingatkan pada semua yang mana baby mudah merasa kesejukan oleh yang demikian terpulang kepada anda untuk memastikan anak anda berpakaian dengan tepat. Ini kerana baby akan mengambil masa untuk badan mereka belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza. Harus diingatkan hujung kaki bayi perlu dilindungi dengan topi, sarung tangan, dan mungkin menambah selimut jika perlu. Tetapi mestilah selalu alert dengan kepanasan baby anda agar tidak melampau ye. Jika bayi berpeluh atau kulit berwarna merah, anda bolehlah memakaikan dengan pakaian yang light atau nipis. Tanda-tanda seperti baby berpeluh atau kulit berwarna merah menunjukkan ianya terlalu panas (biasanya saya akan sentuh pipi diorang :) nak rasa warm sangat ker tak).
                                     
Perkara ini boleh juga berlaku sebaliknya. Misalnya dalam cuaca yang panas baby juga dalam process sebenarnya untuk belajar bagaimana nak menyejukkan badan mereka sendiri. So pastikan anda memakaikan anak anda dengan material yang sejuk dan juga yang mempunyai pengudaraan yang baik kalau suhu ketika itu panas. Tapi..haa ade tapi.kene pastikan juga bahagian hujung kaki (biasanya) agar sentiasa warm..ok. Oleh itu anda harus pastikan mempunyai koleksi stokin yang cukup terutamanya bagi anak yang masih baby.Topi juga penting bagi memastikan baby kita terlindung dari terik matahari. Topi memacing (fishing hat) pada saya agak sesuai digunakan dengan cuaca di Malaysia.                

Tidak kira apa suhu pun, pakaian bayi mestila  membolehkan pergerakan bebas daripada semua bahagian tubuh kanak-kanak itu. Pakaian yang terlalu ketat boleh menyekat peredaran darah ke bahagian badan bayi. Perkara ini benar kerana bila baby tadi dah belajar untuk bergolek dan kemudian merangkak - dia perlu boleh melakukan perkara-perkara yang tak dihalang oleh pakaian tadi. Selain itu perlu juga dipastikan baju pada bahagian leher tadi tidak terlalu ketat untuk mengelakkan dari bahaya tercekik. Baju-baju baby seperti rompers memang digalakkan untuk ada dan beli pasal ianya memudahkan pergerakan baby tadi contohnya nak merangkak, memanjat, melompat semua mudah. Lagi satu rompers atau jumpsuits ni senang tak payah pakai seluar kalau dekat rumah tu (sekali semua)  :)
             

Selain itu material kain yang digunakan juga penting untuk diambil kira. Kulit bayi adalah sangat sensitif, dan material kain yang kasar boleh menyebabkan ruam/rash pada baby. Anda juga mungkin mendapati menggunakan detergen bayi khas adalah yang terbaik apabila mencuci pakaian bayi, kerana ia juga kurang mungkin menyebabkan kerengsaan dan ruam. Bagi mengelakkan ruam/rashes pada kulit baby anda terutama yang berkulit sensitif, boleh lar mencuba sabun pencuci pakaian khas (Non-Bio). Pakaian bayi anda tidak perlu mempunyai terlalu banyak hiasan, seperti reben atau butang besar. Ini adalah sebab dikhuatiri menjadi punca tercekik sekiranya hiasan-hiasan tersebut tertangggal terutamanya pada baby yang tengah active (baru dapat kaki). Untuk pengetahuan semua bahawa kesemua pakaian kami di Shamrock Hut adalah 100% cotton dan dijamin sesuai untuk keselesaan baby.
       
                                                                                     
Selain itu perlu juga diingat yang kebanyakan baby memang tak suka untuk tukar nappy dan juga baju oleh itu adalah lebih baik untuk kita mempunyai baju-baju yang mudah untuk dipakaikan pada anak-anak kita. :)) Saya memang mempunyai koleksi baju yang banyak seperti ini memandangkan ianya mudah untuk dipakaikan (tak perlu nak buka2 baju just cabut butang ataupun buka kan zip saja) selain itu pada waktu malam pulak senang untuk dibawa tidur especially bagi anak2 yang tidur lasak.Tidak kira macam mana comel sekali pun, cuba elakkan pakaian terutamanya pakaian tidur yang rumit untuk memakainya. Leceh. Kebiasaannya saya suka untuk sediakan outfit seperti rompers, all in one suits dan sleep suits banyak2 sebab pakaian jenis ini memang selesa untuk tidur terus lepas bermain.
Kami di Shamrock Hut mempunyai pillihan baju yang anda perlukan untuk baby dan anak anda. Sila lawati kedai online kami untuk mendapatkan baju yang sesuai, selesa, berkualiti, bergaya dan yang paling penting berbaloi untuk wang anda.  :)  

Daa!!



No comments:

Post a Comment