Wednesday, 26 September 2012

Bagaimana menjadi model kanak-kanak?


Selak sahaja mana-mana majalah,juga ketika menonton rancangan rancangan TV, ataupun ketika memandu melalui mana-mana jalan raya disana anda akan lihat si comel, bayi bermata lebar mempamerkan barangan kanak-kanak terbaru ataupun apa jua barangan dari jus minuman sehinggalah barangan untuk si dewasa. Seringkali kita sebagai ibubapa akan mengeluarkan reaksi sebegini sekiranya melihatkan gambar model-model kanak-kanak tersebut pertama, "Awwww!", Kemudian, "cutenya anak saya!"; Dan, akhirnya, "Bagaimana saya boleh mendapatkan anak saya jadi seperti itu ya? "

Untuk menyelami ke dalam ke dalam dunia model bayi, kami (Parents.com) menghabiskan masa sehari dengan si comel  Katie Lahey (17 bulan) yang mana dibawa ibunya ke agensi modelling. Kami juga meminta beberapa tips daripada orang-orang berpengalaman yang terlibat dalam industri ini tentang apa kriteria yang diperlukan untuk dipilih untuk mengambil tempat dihadapan kamera. Apa yang kami perolehi merupakan maklumat yang sangat berguna dan kadang kala amat memeranjatkan. Tidak semua apa yang Katie lalui ini menyeronokkan dan dpebuhi galamour semata tetapi ia lebih kepada kerja keras. Jika anda fikir anak anda juga berbakat, di sini adalah strategi supermodel yang anda mesti ikuti.

1)          Dapatkan gambar. Agensi pemodelan perlulah dihubungi buat pertama kali melalui pos. "Hantarkan dua atau tiga gambar berwarna anak anda, termasuk hanya fokus pada bahagian kepala dan gambar badan penuh, dengan sampul surat beralamat sendiri, bersetem dan surat pendek yang menyatakan minat anda," cadang Charles Ramsey, pemilik Model Pengurusan Produk, di New York. Ibubapa tidak perlu untuk menjadi jurugambar profesional; hanya mengambil gambar mereka sendiri. Plain! Tanpa perlu dengan aksesori pakaian lain. Tulis nama anak anda (dan anda), umur, saiz pakaian, rambut dan warna mata, dan alamat di belakang setiap foto.

   Agensi permodelan tidak semestinya mahukan spesifikasi wajah yang tertentu, dan mereka tidak semestinya mahu anak-anak yang paling cantik, Ramsey menegaskan. "Banyak pengiklan sebenarnya lebih suka pada wajah kanak-kanak yang biasa-biasa sahaja," katanya. Kriteria paling utama yang diperlukan ialah model mesti tinggal berhampiran ibu pejabat agensi permodelan tersebut yang mungkin untuk berada di Bandar-bandar besar, ini adalah kerana "Anda perlu mampu untuk pergi ke sesi  fotografi  dan mesyuarat dengan notis yang sangat singkat kadang-kadang hanya beberapa jam," jelas Margaret Pelino, seorang ejen tempahan di Agensi Model Ford, di Manhattan. "Hanya orang yang tempatan boleh berbuat demikian." Jika anda tidak tinggal di kawasan yang jauh daru Bandar utama, peluang model yang agak terhad.

      Sebuah agensi permodelan yang baik akan cuba untuk menghubungi anda kembali dalam masa beberapa minggu, menghantar sama ada surat penolakan atau jemputan untuk anda dan anak anda untuk membuat temujanji. Jika agensi suka apa yang mereka lihat (biasanya, ibu bapa yang komited dan berpewatakan baik, kanak-kanak yang berkarisma tinggi yang seolah-olah mampu melaksanakan permintaan untuk sesi fotografi) anda mungkin dijemput untuk menandatangani kontrak eksklusif. Tetapi sebelum anda berbuat demikian. . .

2)       Sentiasa berwaspada dengan penipuan. "Sentiasa berasa sangsi jika sebuah agensi atau individu meminta wang pendahuluan untuk memulakan sesi modelling ini," Pelino memberikan amaran. Agensi-agensi yang paling terkenal tidak mula meminta  yuran sehingga anak anda sudah mula bekerja (di mana, mereka biasanya akan mengambil  kira-kira 20 peratus daripada anda untuk memulakan setiap pekerjaan pemodelan dan jumlah yang sama dari syarikat yang mengupah anak anda).

      Satu lagi helah yang perlu diwaspada: Kadang-kadang sindiket penipuan ini tidak akan meminta wang secara terang-terangan, mereka akan mengatakan bahawa mereka memerlukan anda untuk menghabiskan beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit pada video atau gambar mewah anak anda, yang mereka dakwa kemudiannya akan dihantar kepada pelanggan yang berpotensi. "Tetapi mengapa anda perlu menghabiskan duit untuk gambar anak anda yang berusia 3-tahun? Dia tidak akan selamanya kelihatan pada umur itu,". Tambah Pelino lagi, agensi yang baik biasanya mahu tidak lebih daripada gambar-gambar biasa anak anda yang sentiasa dikemaskini atau paling tidak, satu set kad fotoshot profesional, yang mempunyai koleksi beberapa gambar kecil anak anda.

    Untuk lebih selamat, anda boleh menyemak agensi permodelan ini  dengan pejabat pendaftaran perniagaan tempatan anda danyang paling penting ikut naluri anda.

3)    Masa untuk bersiap sedia! Sebaik sahaja anda mendaftar dengan agensi berwibawa, kerja sebenar bermula: Anda dan anak anda akan dihantar kepada beberapa sesi berjumpa, mesyuarat ringkas dengan wakil-wakil firma yang mungkin berminat dalam pengambilan anak anda dan mahu melihat beliau dengan lebih lagi. "Proses ini biasanya mengambil masa lebih kurang 15 minit, tetapi jika terdapat kriteria yang dikehendaki proses ini boleh bertahan lebih lama," kata Ramsey. Walaupun terdapat kos untuk perjalanan ulang alik bagi sesi ini, tetapi mahu atau tidak anda harus pergi. "Anak anda akan bekerja hanya jika anda komited," katanya. Sesi pergi melihat ini boleh ada sebanyak 2 kali sehari ataupun tiada lansung untuk minggu. Dan anak anda boleh diambil bekerja dengan segera, atau ia mungkin mengambil masa sepuluh atau lebih cubaan untuk menarik hati pelanggan.


4)          Bersikap realistik. Walaupun anda mungkin berangan-angan pendapatan yang lumayan dari hasil model anak anda, perkara ini adalah jarang berlaku, kata Braunstein Sheeri, seorang agen tempahan untuk Agensi Model Wilhelmina, di New York.  Sesetengah model kanak-kanak mungkin mendapat hanya dua atau tiga pekerjaan sebulan, dan anak-anak muda biasanya bekerja tidak lebih daripada dua jam pada satu-satu masa.

     "Kadar bayaran standard bagi model kanak-kanak bekerja untuk satu sesi adalah $ 75 sejam," kata Braunstein. Menggayakan untuk produk barangan seperti  label kotak sabun, misalnya - boleh mendapat bayaran lebih sedikit, mungkin $ 125 sejam, tetapi kerja-kerja editorial untuk majalah mungkin agak kurang lumayan, bermula daripada $ 25 hingga $ 75 sejam. "Kadang-kadang kala tempat yang paling berprestij akan membayar jumlah yang paling kurang kerana mereka berpendapat anak anda akan mendapat namadan memperbaharui portfolio jika berkerja dengan mereka" menjelaskan Pelino.

   Kemudiannya ibu bapa tadi bolelah menunjukkan portfolio ini kepada pelanggan-pelangan yang berpotensi, yang mana boleh membawa kepada kerja-kerja yang lebih menguntungkan. Pengiklanan di kaca TV misalnya boleh menghasilkan ganjaran yang lebih besar. "Kerja –kerja komersial boleh menghasilkan paling sedikit adalah kira-kira $ 475 sejam.

5)    Jangan cepat berputus asa. Jika anda membuat keputusan untuk membantu anak anda meneruskan kerjaya modeling, anda perlu bersiap sedia terhadap sebarang penolakan dan kegagalan. Memang kadang kala seseorang akan menolak permohonan anak anda sama ada dengan segera (gambar anda dipulangkan dalam mel) ataupun  selepas di temuduga oleh agensi semasa proses ‘pergi-lihat’. Jangan biarkan perkara ini mengganggu gugat anda.

     Perlu diingatkan, agensi-agensi pemodelan dan pelanggan tidak semestinya mencari kanak-kanak yang paling cantik atau sempurna dalam kriteria mereka untuk menjual produk atau mewakili sesuatu cerita. Mereka mungkin mahukan kanak-kanak yang bergigi jarang dengan rambut merah kerinting berbanding si rambut lurus dengan gigi yang tersusun.Siapa tahu? Sekurang-kurangnya ada seseorang yang sentiasa memikirkan dan percaya dia adalah gambar sempurna - anda!

               

Kredit dan terjemahan dari – Parents.com

No comments:

Post a Comment