Wednesday, 26 September 2012

Bagaimana menjadi model kanak-kanak?


Selak sahaja mana-mana majalah,juga ketika menonton rancangan rancangan TV, ataupun ketika memandu melalui mana-mana jalan raya disana anda akan lihat si comel, bayi bermata lebar mempamerkan barangan kanak-kanak terbaru ataupun apa jua barangan dari jus minuman sehinggalah barangan untuk si dewasa. Seringkali kita sebagai ibubapa akan mengeluarkan reaksi sebegini sekiranya melihatkan gambar model-model kanak-kanak tersebut pertama, "Awwww!", Kemudian, "cutenya anak saya!"; Dan, akhirnya, "Bagaimana saya boleh mendapatkan anak saya jadi seperti itu ya? "

Untuk menyelami ke dalam ke dalam dunia model bayi, kami (Parents.com) menghabiskan masa sehari dengan si comel  Katie Lahey (17 bulan) yang mana dibawa ibunya ke agensi modelling. Kami juga meminta beberapa tips daripada orang-orang berpengalaman yang terlibat dalam industri ini tentang apa kriteria yang diperlukan untuk dipilih untuk mengambil tempat dihadapan kamera. Apa yang kami perolehi merupakan maklumat yang sangat berguna dan kadang kala amat memeranjatkan. Tidak semua apa yang Katie lalui ini menyeronokkan dan dpebuhi galamour semata tetapi ia lebih kepada kerja keras. Jika anda fikir anak anda juga berbakat, di sini adalah strategi supermodel yang anda mesti ikuti.

1)          Dapatkan gambar. Agensi pemodelan perlulah dihubungi buat pertama kali melalui pos. "Hantarkan dua atau tiga gambar berwarna anak anda, termasuk hanya fokus pada bahagian kepala dan gambar badan penuh, dengan sampul surat beralamat sendiri, bersetem dan surat pendek yang menyatakan minat anda," cadang Charles Ramsey, pemilik Model Pengurusan Produk, di New York. Ibubapa tidak perlu untuk menjadi jurugambar profesional; hanya mengambil gambar mereka sendiri. Plain! Tanpa perlu dengan aksesori pakaian lain. Tulis nama anak anda (dan anda), umur, saiz pakaian, rambut dan warna mata, dan alamat di belakang setiap foto.

   Agensi permodelan tidak semestinya mahukan spesifikasi wajah yang tertentu, dan mereka tidak semestinya mahu anak-anak yang paling cantik, Ramsey menegaskan. "Banyak pengiklan sebenarnya lebih suka pada wajah kanak-kanak yang biasa-biasa sahaja," katanya. Kriteria paling utama yang diperlukan ialah model mesti tinggal berhampiran ibu pejabat agensi permodelan tersebut yang mungkin untuk berada di Bandar-bandar besar, ini adalah kerana "Anda perlu mampu untuk pergi ke sesi  fotografi  dan mesyuarat dengan notis yang sangat singkat kadang-kadang hanya beberapa jam," jelas Margaret Pelino, seorang ejen tempahan di Agensi Model Ford, di Manhattan. "Hanya orang yang tempatan boleh berbuat demikian." Jika anda tidak tinggal di kawasan yang jauh daru Bandar utama, peluang model yang agak terhad.

      Sebuah agensi permodelan yang baik akan cuba untuk menghubungi anda kembali dalam masa beberapa minggu, menghantar sama ada surat penolakan atau jemputan untuk anda dan anak anda untuk membuat temujanji. Jika agensi suka apa yang mereka lihat (biasanya, ibu bapa yang komited dan berpewatakan baik, kanak-kanak yang berkarisma tinggi yang seolah-olah mampu melaksanakan permintaan untuk sesi fotografi) anda mungkin dijemput untuk menandatangani kontrak eksklusif. Tetapi sebelum anda berbuat demikian. . .

2)       Sentiasa berwaspada dengan penipuan. "Sentiasa berasa sangsi jika sebuah agensi atau individu meminta wang pendahuluan untuk memulakan sesi modelling ini," Pelino memberikan amaran. Agensi-agensi yang paling terkenal tidak mula meminta  yuran sehingga anak anda sudah mula bekerja (di mana, mereka biasanya akan mengambil  kira-kira 20 peratus daripada anda untuk memulakan setiap pekerjaan pemodelan dan jumlah yang sama dari syarikat yang mengupah anak anda).

      Satu lagi helah yang perlu diwaspada: Kadang-kadang sindiket penipuan ini tidak akan meminta wang secara terang-terangan, mereka akan mengatakan bahawa mereka memerlukan anda untuk menghabiskan beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit pada video atau gambar mewah anak anda, yang mereka dakwa kemudiannya akan dihantar kepada pelanggan yang berpotensi. "Tetapi mengapa anda perlu menghabiskan duit untuk gambar anak anda yang berusia 3-tahun? Dia tidak akan selamanya kelihatan pada umur itu,". Tambah Pelino lagi, agensi yang baik biasanya mahu tidak lebih daripada gambar-gambar biasa anak anda yang sentiasa dikemaskini atau paling tidak, satu set kad fotoshot profesional, yang mempunyai koleksi beberapa gambar kecil anak anda.

    Untuk lebih selamat, anda boleh menyemak agensi permodelan ini  dengan pejabat pendaftaran perniagaan tempatan anda danyang paling penting ikut naluri anda.

3)    Masa untuk bersiap sedia! Sebaik sahaja anda mendaftar dengan agensi berwibawa, kerja sebenar bermula: Anda dan anak anda akan dihantar kepada beberapa sesi berjumpa, mesyuarat ringkas dengan wakil-wakil firma yang mungkin berminat dalam pengambilan anak anda dan mahu melihat beliau dengan lebih lagi. "Proses ini biasanya mengambil masa lebih kurang 15 minit, tetapi jika terdapat kriteria yang dikehendaki proses ini boleh bertahan lebih lama," kata Ramsey. Walaupun terdapat kos untuk perjalanan ulang alik bagi sesi ini, tetapi mahu atau tidak anda harus pergi. "Anak anda akan bekerja hanya jika anda komited," katanya. Sesi pergi melihat ini boleh ada sebanyak 2 kali sehari ataupun tiada lansung untuk minggu. Dan anak anda boleh diambil bekerja dengan segera, atau ia mungkin mengambil masa sepuluh atau lebih cubaan untuk menarik hati pelanggan.


4)          Bersikap realistik. Walaupun anda mungkin berangan-angan pendapatan yang lumayan dari hasil model anak anda, perkara ini adalah jarang berlaku, kata Braunstein Sheeri, seorang agen tempahan untuk Agensi Model Wilhelmina, di New York.  Sesetengah model kanak-kanak mungkin mendapat hanya dua atau tiga pekerjaan sebulan, dan anak-anak muda biasanya bekerja tidak lebih daripada dua jam pada satu-satu masa.

     "Kadar bayaran standard bagi model kanak-kanak bekerja untuk satu sesi adalah $ 75 sejam," kata Braunstein. Menggayakan untuk produk barangan seperti  label kotak sabun, misalnya - boleh mendapat bayaran lebih sedikit, mungkin $ 125 sejam, tetapi kerja-kerja editorial untuk majalah mungkin agak kurang lumayan, bermula daripada $ 25 hingga $ 75 sejam. "Kadang-kadang kala tempat yang paling berprestij akan membayar jumlah yang paling kurang kerana mereka berpendapat anak anda akan mendapat namadan memperbaharui portfolio jika berkerja dengan mereka" menjelaskan Pelino.

   Kemudiannya ibu bapa tadi bolelah menunjukkan portfolio ini kepada pelanggan-pelangan yang berpotensi, yang mana boleh membawa kepada kerja-kerja yang lebih menguntungkan. Pengiklanan di kaca TV misalnya boleh menghasilkan ganjaran yang lebih besar. "Kerja –kerja komersial boleh menghasilkan paling sedikit adalah kira-kira $ 475 sejam.

5)    Jangan cepat berputus asa. Jika anda membuat keputusan untuk membantu anak anda meneruskan kerjaya modeling, anda perlu bersiap sedia terhadap sebarang penolakan dan kegagalan. Memang kadang kala seseorang akan menolak permohonan anak anda sama ada dengan segera (gambar anda dipulangkan dalam mel) ataupun  selepas di temuduga oleh agensi semasa proses ‘pergi-lihat’. Jangan biarkan perkara ini mengganggu gugat anda.

     Perlu diingatkan, agensi-agensi pemodelan dan pelanggan tidak semestinya mencari kanak-kanak yang paling cantik atau sempurna dalam kriteria mereka untuk menjual produk atau mewakili sesuatu cerita. Mereka mungkin mahukan kanak-kanak yang bergigi jarang dengan rambut merah kerinting berbanding si rambut lurus dengan gigi yang tersusun.Siapa tahu? Sekurang-kurangnya ada seseorang yang sentiasa memikirkan dan percaya dia adalah gambar sempurna - anda!

               

Kredit dan terjemahan dari – Parents.com

Wednesday, 19 September 2012

Tips untuk menggalakkan si kecil makan.


Hi all.Ketemu lagi kita dalam entry yang seterusnya. Erm kali ni ade sikit lain dalam entry ni sebab kita nak share tips yang kita baca dari internet bagaimana nak galakkan anak kita supaya makan. Saya percaya semua parents alami the same problems. Saya pun tengah alami benda yang sama. Tapi percayalah budak2 ni die ada stage die bila die tanak makan tuh tak payah lar paksa memang takkan makan punya. Erm tapi insyallah kita boleh cuba kot tips ni sama-sama.Hope ade improvement..  J

1)      Rendah jangkaan anda (Lower your expectation). Kanak-kanak tidak perlu makan sebanyak mana seperti orang dewasa. Perut seorang kanak-kanak hanya kira-kira bersaiz sebesar penumbuk mereka. Percayalah mereka, apabila mereka memberitahu anda mereka kenyang selepas hanya makan sejumlah kecil.

2)      Cuba isikan bekas-bekas kecil dengan makanan-makanan ringan yang berkhasiat (contoh: buah2an potong, biskut oat, roti,kekacang) dan tinggalkan ia dalam jangkauan anak anda. Dengan cara ini mereka akan dapat mengisi perut mereka dengan makanan ringan tadi sambil bermain. Gantikan makanan selepas 1 hingga 2 jam untuk memastikan kesegarannya.

3)      Masukkan sekali anak-anak anda dalam perancangan makan. Biarkan setiap kanak-kanak bergilir-gilir memilih hidangan sampingan untuk satu hidangan sehari. Beri mereka pilihan hidangan untuk dipilih.

4)      Biarkan anak-anak anda untuk membantu menyediakan makan. Malah anak kecil boleh duduk di meja dan membantu anda menambah bahan-bahan atau kacau pinggan. Mereka akan lebih cenderung untuk mencuba hidangan mereka apabila mereka turut serta menolong anda.

5)      Letakkan sesudu setiap makanan di atas pinggan setiap kali anak anda makan. Malah jika ia tidak dimakan, simpan dahulu makanan itu dan teruskan mencuba berulang. Insyallah akan berhasil juga walaupun sedikit.

6)      Tawarkan sos cicah. Kanak-kanak suka bermain dengan makanan mereka. Mempunyai keju, yogurt atau salad dressing untuk mencicah buah-buahan dan sayur-sayuran dalam akan membuat makan lebih menyeronokkan.

7)      Cuba kurangkan susu dan jus sebelum makanan utama untuk menjaga anak anda dari mengisi perut mereka dengan minuman bukannya makanan. Anak-anak muda hanya perlu 2 cawan susu dan 6 oz. jus sehari

GOOD LUCK.SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 11 September 2012

Cari baju baby?What is the criteria to look at..?

Assalamualaikum to all. Erm..Welcome again to my 4th entry of the blog. For those who have reading my previous entry thank you soooo much for the support. Really appreciate that.  :) Hari ini kita tengok industri pakaian baby n kanak-kanak berkembang dengan sangat pesat.Macam-macam fesyen, style design, colour sampai rambang mata dibuatnya bile nak shopping. Mengikut satu laporan kajian yang dibuat oleh Datamonitor US industri pakaian ini dijangka meningkat sebanyak $186 Billion pada tahun 2014 nanti. Peningkatan ini bertambah sebanyak 15% dari tahun 2009. Data ni menunjukkan bahawa fesyen pakaian kanak-kanak hari ini dah tak sama macam zaman kita dulu2. Makin lama makin complicated. Kalah baju untuk mak bapak. Hari ini terlalu banyak jenama pakaian baby n kanak-kanak yang dijual di kedai2, butik2 dekat online store..sampaikan jenama yang tak pernah dengar pon ade..huhu.

Nak carik baju untuk anak-anak ni bukan perkara mudah. Banyak perkara sebenarnya yang perlu diambil kira contohnya budget (main things), size, design, material, brand dan macam2 lagi. Ramai orang berpendapat, mencari pakaian untuk kanak-kanak kadang kala sesuatu yang agak sukar berdasarkan kepada isu-isu seperti perkembangan tubuh badan yang agak cepat (normal issue), ketahanan dan kualiti pakaian serta budget yang kadang kala agak membebankan. Jadi sebelum anda membeli pakaian untuk anak-anak anda, ia adalah penting untuk berfikir tentang apa yang anda beli, bukan hanya dari segi harga, tetapi juga dari segi kesesuaian untuk anak anda.

Perlu diingatkan pada semua yang mana baby mudah merasa kesejukan oleh yang demikian terpulang kepada anda untuk memastikan anak anda berpakaian dengan tepat. Ini kerana baby akan mengambil masa untuk badan mereka belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza. Harus diingatkan hujung kaki bayi perlu dilindungi dengan topi, sarung tangan, dan mungkin menambah selimut jika perlu. Tetapi mestilah selalu alert dengan kepanasan baby anda agar tidak melampau ye. Jika bayi berpeluh atau kulit berwarna merah, anda bolehlah memakaikan dengan pakaian yang light atau nipis. Tanda-tanda seperti baby berpeluh atau kulit berwarna merah menunjukkan ianya terlalu panas (biasanya saya akan sentuh pipi diorang :) nak rasa warm sangat ker tak).
                                     
Perkara ini boleh juga berlaku sebaliknya. Misalnya dalam cuaca yang panas baby juga dalam process sebenarnya untuk belajar bagaimana nak menyejukkan badan mereka sendiri. So pastikan anda memakaikan anak anda dengan material yang sejuk dan juga yang mempunyai pengudaraan yang baik kalau suhu ketika itu panas. Tapi..haa ade tapi.kene pastikan juga bahagian hujung kaki (biasanya) agar sentiasa warm..ok. Oleh itu anda harus pastikan mempunyai koleksi stokin yang cukup terutamanya bagi anak yang masih baby.Topi juga penting bagi memastikan baby kita terlindung dari terik matahari. Topi memacing (fishing hat) pada saya agak sesuai digunakan dengan cuaca di Malaysia.                

Tidak kira apa suhu pun, pakaian bayi mestila  membolehkan pergerakan bebas daripada semua bahagian tubuh kanak-kanak itu. Pakaian yang terlalu ketat boleh menyekat peredaran darah ke bahagian badan bayi. Perkara ini benar kerana bila baby tadi dah belajar untuk bergolek dan kemudian merangkak - dia perlu boleh melakukan perkara-perkara yang tak dihalang oleh pakaian tadi. Selain itu perlu juga dipastikan baju pada bahagian leher tadi tidak terlalu ketat untuk mengelakkan dari bahaya tercekik. Baju-baju baby seperti rompers memang digalakkan untuk ada dan beli pasal ianya memudahkan pergerakan baby tadi contohnya nak merangkak, memanjat, melompat semua mudah. Lagi satu rompers atau jumpsuits ni senang tak payah pakai seluar kalau dekat rumah tu (sekali semua)  :)
             

Selain itu material kain yang digunakan juga penting untuk diambil kira. Kulit bayi adalah sangat sensitif, dan material kain yang kasar boleh menyebabkan ruam/rash pada baby. Anda juga mungkin mendapati menggunakan detergen bayi khas adalah yang terbaik apabila mencuci pakaian bayi, kerana ia juga kurang mungkin menyebabkan kerengsaan dan ruam. Bagi mengelakkan ruam/rashes pada kulit baby anda terutama yang berkulit sensitif, boleh lar mencuba sabun pencuci pakaian khas (Non-Bio). Pakaian bayi anda tidak perlu mempunyai terlalu banyak hiasan, seperti reben atau butang besar. Ini adalah sebab dikhuatiri menjadi punca tercekik sekiranya hiasan-hiasan tersebut tertangggal terutamanya pada baby yang tengah active (baru dapat kaki). Untuk pengetahuan semua bahawa kesemua pakaian kami di Shamrock Hut adalah 100% cotton dan dijamin sesuai untuk keselesaan baby.
       
                                                                                     
Selain itu perlu juga diingat yang kebanyakan baby memang tak suka untuk tukar nappy dan juga baju oleh itu adalah lebih baik untuk kita mempunyai baju-baju yang mudah untuk dipakaikan pada anak-anak kita. :)) Saya memang mempunyai koleksi baju yang banyak seperti ini memandangkan ianya mudah untuk dipakaikan (tak perlu nak buka2 baju just cabut butang ataupun buka kan zip saja) selain itu pada waktu malam pulak senang untuk dibawa tidur especially bagi anak2 yang tidur lasak.Tidak kira macam mana comel sekali pun, cuba elakkan pakaian terutamanya pakaian tidur yang rumit untuk memakainya. Leceh. Kebiasaannya saya suka untuk sediakan outfit seperti rompers, all in one suits dan sleep suits banyak2 sebab pakaian jenis ini memang selesa untuk tidur terus lepas bermain.
Kami di Shamrock Hut mempunyai pillihan baju yang anda perlukan untuk baby dan anak anda. Sila lawati kedai online kami untuk mendapatkan baju yang sesuai, selesa, berkualiti, bergaya dan yang paling penting berbaloi untuk wang anda.  :)  

Daa!!



Monday, 3 September 2012

Raya..raya..raya.. :)

Hi all apa khabar.. :) assalamualaikum.Hihi kita ketemu kembali since my last post. Dah 2minggu juga yer kite semua umat Islam menyambut Aidilfitri.Macamne dengan sambutan Hari Raya anda semua?Mesti meriahkan dengan sanak saudara, menu makanan hari raya yang berbagai..Nyum..nyum.. :) yang paling seronok mestilah kanak2..dengan duit raya, bunga api, main dengan sepupu sampai malam tuh belum lagi baju raya yang bermacam kaler n berpasang2..huhu.

Sebut pasal raya dan budak2 ni..kali ni entry saya  mengenai raya anak-anak (kanak-kanak) melayu di perantauan. Hehehe.Bila dah nama pon raya kan dekat mana sekali pon kita berada hari raya tetap disambut dengan meriah ye tak. :) Sama juga dengan kami yang berada jauh nun di benua eropah ni.Sambutan tetap dibuat walaupun tidak dapat nak lawan kemeriahan di Malaysia.

Pada tahun ini 1 syawal jatuh pada hari Ahad bersamaan 19 Ogos 2012. Kami disini bersyukur sebab jatuh pada hari Ahad.Kalau jatuh pada hari weekdays..   :(( alamatnya memang beraya di rumah/ di tempat kerja / di campus je la jawabnya. Seperti kebiasaannya kami dan masyarakat Malaysia yang lain akan beramai2 memeriahkan suasana di Malaysia Hall untuk jamuan hari raya oleh pihak kedutaan dan juga sembahyang raya. 

Kemeriahan mula terasa selepas sembahyang raya di mana jamuan raya disediakan. Semua anak2 rantau yang dah lama rindukan makanan Melayu cepat2 buat que line.Lambat habis..hihi. Apa yang seronok bila berkumpul reramai ni bila semua orang pakai baju traditional kita iaitu baju melayu dan baju kurung/kebaya. Rasa homely, best dan bangga pon ada bila mat dan minah salleh tengok dengan rasa kagum (pelik sebenarnya) dress yang kita pakai hihi.

Beratur...Lambat tak dapat!

Nyanyi lagu negaraku ~ patriotik raya :)

Di sini saya uploadkan sedikit sebanyak suasana raya di Malaysia Hall dan gambar si kecil perantau beraya. Seperti kebiasaan pada Hari Raya pertama sudah tentulah baju2 traditional dan kebangsaan jadi pilihan ibubapa. Cuma sedikit perbezaan disini mereka tambahkan dengan 'jacket' / 'coat' untuk mengelakkan sejuk. Tak sama seperti tahun2 lepas.Tahun ni kami di belah2 benua Eropah ni beraya dalam musim panas/summer.So tade lar berkelubung dengan jacket tebal.


Kemeriahan dan kegembiraan beraya di Malaysia Hall biasanya tak lama mana. Kira-kira dalam tengah hari semua orang dah pakat2 balik atau pun beraya di rumah sahabat handai yang lain. Walaupun kekurangan rumah yang nak diserbu, namun kami disini masih lagi mengekalkan tradisi raya kunjung mengunjung rumah ke rumah. Cuma yang berbezanya rumah yang diserbu sikit dalam 2-3buah rumah dan masa bertandang agak lama dari pagi ke malam..hihi.

Suasana raya kami diteruskan lagi pada minggu seterusnya dengan jemputan rumah terbuka bagi rakan yang tak berkesempatan masa raya pertama dulu. :) Open house kami ni pulak ade macam2 style, ade yang buat style buffet, ade yang buat alar2 bbq dan ade jugak yang buat style 'pot luck' (biasanya orang bujang lar). Bagi yang ade laman blakang rumah tuh (backyard) memang agak meriah ler riuh rendah dengan anak2 kecik berlari ke sana sini..Disebabkan belum sejuk lagi untuk raya kedua ni fesyen pakaian anak2 lebih kepada casual.Macam gambar dibawah ni..






Oklah..itu saje sedikit sebanyak yang dapat saya coretkan tentang raya diperantauan ni. Apa yang dapat saya katakan walaupun di mana kita berada adat resam budaya tetap tidak kami lupakan dan perkara ini seharusnya kita pupuk dalam diri anak-anak kita walaupun bila dan di mana mereka berada supaya tidak hilang ditelan zaman... :) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.



Sebagai selingan dari Mat Luthfi