Tuesday, 16 October 2012

Promosi sempena Aidiladha!!Cepat!

Salam semua.Hehe rasanya lama dah yer tak post pape dekat blog ni.tapi a'lilah sy hepi sgt tgk improvement n sambutan you all dekat blog sy yang tak seberapa ni.Huhu. Sorry macam abandon sket lar blog ni pasal skang ni busy concentrate dengan FB page Shamrock Hut. tak menang tangan di buatnya. A'lilah syukur sgt pada Allah skang ni respond orang ramai dekat Shamrock Hut memberansangkan. Walaupun tak ramai but for me it is a good start bagi kami yang takde nama ni..Hihihi.  :)

Ok untuk post kali ni sy nak promote lar sket tentang Promosi sempena Aidiladha ni. Kami di Shamrock Hut buat promosi ni adalah sempena Hari Raya Korban yang akan datang ni dan juga kebetulan sempena meraikan FB fan kami yang dah sampai 100 lebih LIKE..huhu.Macam bayar nazar lar pulak kan..huhu.


Pada promosi kali ni kami dah turunkan harga setiap pakaian kami dan juga bagi discount 15% pada setiap seluar maternity yang kami jual. Cuma dekat seluar maternity ni masih harga asal insyalah ade mase nanti saya change (tapi sape berminat boleh PM or deduct sendiri yer). Bagi pakaian kanak-kanak yang lain semua sy dah reducekan harga.

Just nak inform yang semua promosi ni hanya dalam tempoh terhad tau.Insyallah dalam 3 minggu camtuh, so lepas ni harga akan back to normal again..hihi.Sorry.So kalau rasa berminat tuh cepat2 lar order pasal kalau tak dapat harga lama balik  :)  Lagi satu just nak aware you all yang item kami ni tak banyak.Kami ade 1/2 unit jer per item. Pasal kami baru mula n nak tengok sambutan dulu kalau sambutan ok insyallah kami order lagi banyak. So kalau sesiapa dah beli kira tade lagi lar..Hihi.

Kami juga ada buat change skit pada kedai online kami ni yang mana untuk baju2 new born baby (range early baby - 3 month) kami letakkan pada album gambar page kami di 
(memandangkan respond yang menggalakkan dr bakal2 mummy nih  :) ) Selain dari newborn exp, seluar maternity,pakaian kanak-kanak >3month, n kasut semua dalam online store kami.

Ok pasal cara nak order pulak, macamni order semua boleh dibuat direct dengan click shopping cart dalam online store kami dan ikut arahan disitu. Tapi kalau masih ragu2 n was2 boleh PM sy dengan comment dekat blog ni ok (guna ruangan chat pon ok gak huhu).

Ok setakat ini dulu post saya kali ini. Thank you again for all the support that given to us and we're really appreciate that.

Akhir kata...'JANGAN TUNGGU LAMA2 NANTI LAMA2 IA DI BELI ORANG...'  hehe.

Daa.

Monday, 1 October 2012

Sehari dalam hidup model kanak-kanak


08:00
Ia merupakan pagi yang cerah bila saja Katie Lahey bangun dari tidur di apartmen ibu bapanya di New York. Ibunya Cathi memandikan anak kecil itu, menyuapkan beliau sarapan, memakaikan pakaian buat bayi kecil itu, yang mana mereka mereka akan ke agensi modelling untuk mengadakan sesi fotografi dan pemilihan hari itu. Cathi harus melakukan beberapa perkara dan persediaan sebelum pergi termasuklah menyediakan semua mainan kegemaran anaknya, makanan ringan dan juga beberapa helai set persalinan pakaian buat anak kecil itu.

Adakah Katie tahu apa yang berlaku? "Ya, dia memang teruja," kata Cathi. "Dia seorang kanak-kanak yang periang, saya pasti tidak akan dapat berbuat demikian jika dia tidak mempunyai perangai ini." Atau, seperti yang kita akan lihat, jika diri Cathi sendiri tidak mempunyai stamina dan tahap kesabaran tinggi ia takkan berjaya.

10:00
Selepas menaiki bas ke seluruh bandar, Cathi dan Katie tiba di Utopia, di mana mereka bertemu dengan beberapa orang agen-agen tempahan. Agensi-agensi ini mewakili jurugambar kanak-kanak yang terkenal  yang mana mereka ini biasa mengambil gambar iklan atau katalog untuk pelanggan seperti  Guess Kids dan FAO Schwarz. Sesi pagi itu diringkaskan: "Mereka hanya mahu melihat personaliti Katie sahaja," terang Cathi.

Agen-agen tersebut menggunakan masa ini untuk memastikan kanak-kanak itu berada dalam keadaan selesa dengan orang yang tidak dikenali, prihatin, serta dapat menyesuaikan diri dengan jurugambar dan juga persekitaran baru. Agen-agen tersebut menanyakan pada Cathi mengenai pengalaman lain Katie dalam dunia permodelan ini, dan Cathi memberitahu tentang kesemua sesi modelling yang pernah dilalui Katie termasuk cetakan iklan bagi percutian Baby GAP dan juga beberapa sesi fotografi untuk ruang fashion majalah Parents. Jurugambar kemudiannya mula mengambil gambar Katie melalui camera Polaroid. Katie kelihatan tersenyum. "Dia kenal pada kamera, dia akan tersenyum, relax dan mula posing" kata ibunya Cathi. (Walaupun begitu prestasi cemerlang Katie tidak begitu menyerlah, pihak kami (Parents.com) menghubungi Cathi 6 minggu kemudian dan dia memberitahu kami yang mana selepas sesi modelling tersebut pihak Utopia tidak datang semula kepada mereka).

12:00
Cathi dan anak kecil beliau mengambil satu lagi bas ke ibu pejabat Pengurusan untuk Model Produk yang terletak di pusat bandar, agensi yang mewakili Katie. Ia adalah sebuah pejabat kecil dengan kakitangan yang terdiri daripada tiga orang: "Sangat seperti keluarga," kata Cathi. "Kami sentiasa mendapat perhatian yang lebih di sini." Beliau telah mula mengayun langkah untuk mengambil baucer berbentuk invois yang perlu diserahkan kepada agensi modelling Katie lewat petang itu. (Pelanggan akan menggunakan baucer ini untuk membuat proses pembayaran kepada model dan agensi.) Anak kecil itu akan bergambar di atas 'car seat' untuk Toys "R" Us katalog. Cathi berbual-bual dengan Charles Ramsey, pemilik agensi. "Mereka tidak pernah melihat Katie sejak dia sejak dia mula menjadi model 11 bulan yang lalu," kata ibunya bangga, walaupun dia berterusan menghantar gambar Katie setiap enam bulan kepada agensi itu untuk dikemas kinikan.

13.30
Cathi dan Katie tiba di studio mana sesi fotoshot bersama Toys "R" Us berada. Nasib baik, uji bakat tidak perlu lagi dilakukan untuk mendapatkan kerja ini kerana sebelum ini Katie telah bekerja untuk Toys "R" Us. Kini syarikat itu sekali lagi menempah Katie untuk produk terbaru mereka. Mereka kemudiannya menunggu giliran untuk mendandan dan bersolek Katie. Kemudian memakaikan Katie dengan pakaian baru dan menempel sedikit bedak di muka untuk menyembunyikan beberapa kecacatan kecil gadis kecil itu. Setakat ini, Katie telah melakukan beberapa aksi supermodel, tetapi satu usaha untuk meletakkan anak patung Winnie-the-Pooh dan meletakkan sepit pada rambut beliau menimbulkan rasa kurang selesa pada Katie sehingg anak kecil itu menangis. Ibunya segera bergegas dan memujuk jurusolek untuk tidak meneruskan idea dengan klip rambut. "Jika Katie berasa tidak gembira tentang sesuatu perkara di sesi fotoshot, saya tidak membiarkan mereka melakukannya," tegas Cathi.

Sewaktu di set, gadis kecil itu duduk di dalam 'car seat' dan dikelilingi pelbagai cahaya dari flash kamera jurugambar. Pada sesi ini jurugambar terpaksa mendapatkan bantuan dari penghibur kanak-kanak profesional yang tahu bagaimana untuk menarik perhatian model kecil untuk beraksi di depan lensa kamera. Dia berlegar di sebelah kamera sambil melambai anak patung Elmo dan mengagah Katie. Usaha untuk mendapatkan senyuman gembira, ceria dan fotogenik Katie akhirnya berjaya. Selepas kira-kira 35 minit, segalanya selesai. Berbeza dengan kerja-kerja yang melibatkan model dewasa, yang mana ianya boleh memakan masa  sehingga berjam-jam dan agak meletihkan, sesi fotoshot bayi lebih pendek dan ringkas hanya untuk mendapatkan perhatian mereka sahaja.

15.00
Kerja 1 hari telah berakhir. Bayaran Katie selama dua jam modelling (kira-kira setengah jam sesi fotoshot dan 90 minit persedian dan menunggu) adalah sebanyak $ 150, yang mana setiap produk mendapat 20 peratus bayaran. (Toys "R" Us akan membayar 20 peratus lagi terus kepada agensi secara langsung.) Bayaran menunggu dan ulang alik bagi si ibu? Tidak satu sen pun.


"Ia membuatkan kita keluar berjalan-jalan dari duduk di rumah," kata Cathi, bekas PR profesional dan perancang majlis. Setakat ini Katie telah memperolehi beberapa ribu dolar untuk simpanan kegunaan kolej beliau nanti. "Saya tidak pernah memaksa Katie," kata Cathi. "Bagi beliau, ianya adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan, semua jurugambar, jurusolek, dan kanak-kanak lain di sana sangat menarik dan menghiburkan. Saya fikir dia akan suka melihat gambar beliau suatu hari nanti." Adakah ini merupakan kali yang terakhir Katie melakukan modelling? atau mungkin akan datang lagi dengan adik-adiknya yang lain. Cathi dan suaminya menjangkakan kembar. Membawa seorang bayi keseluruh bandar merupakan sesuatu yang sangat sukar apatah lagi jika mahu membawa ketiga-tiga sekali."Eh," kata Cathi, sambil melihat ke arah perut beliau yang semakin membesar, "Saya mungkin perlu menimbang semula."

Kredit dan terjemahan dari : Parents.com






Wednesday, 26 September 2012

Bagaimana menjadi model kanak-kanak?


Selak sahaja mana-mana majalah,juga ketika menonton rancangan rancangan TV, ataupun ketika memandu melalui mana-mana jalan raya disana anda akan lihat si comel, bayi bermata lebar mempamerkan barangan kanak-kanak terbaru ataupun apa jua barangan dari jus minuman sehinggalah barangan untuk si dewasa. Seringkali kita sebagai ibubapa akan mengeluarkan reaksi sebegini sekiranya melihatkan gambar model-model kanak-kanak tersebut pertama, "Awwww!", Kemudian, "cutenya anak saya!"; Dan, akhirnya, "Bagaimana saya boleh mendapatkan anak saya jadi seperti itu ya? "

Untuk menyelami ke dalam ke dalam dunia model bayi, kami (Parents.com) menghabiskan masa sehari dengan si comel  Katie Lahey (17 bulan) yang mana dibawa ibunya ke agensi modelling. Kami juga meminta beberapa tips daripada orang-orang berpengalaman yang terlibat dalam industri ini tentang apa kriteria yang diperlukan untuk dipilih untuk mengambil tempat dihadapan kamera. Apa yang kami perolehi merupakan maklumat yang sangat berguna dan kadang kala amat memeranjatkan. Tidak semua apa yang Katie lalui ini menyeronokkan dan dpebuhi galamour semata tetapi ia lebih kepada kerja keras. Jika anda fikir anak anda juga berbakat, di sini adalah strategi supermodel yang anda mesti ikuti.

1)          Dapatkan gambar. Agensi pemodelan perlulah dihubungi buat pertama kali melalui pos. "Hantarkan dua atau tiga gambar berwarna anak anda, termasuk hanya fokus pada bahagian kepala dan gambar badan penuh, dengan sampul surat beralamat sendiri, bersetem dan surat pendek yang menyatakan minat anda," cadang Charles Ramsey, pemilik Model Pengurusan Produk, di New York. Ibubapa tidak perlu untuk menjadi jurugambar profesional; hanya mengambil gambar mereka sendiri. Plain! Tanpa perlu dengan aksesori pakaian lain. Tulis nama anak anda (dan anda), umur, saiz pakaian, rambut dan warna mata, dan alamat di belakang setiap foto.

   Agensi permodelan tidak semestinya mahukan spesifikasi wajah yang tertentu, dan mereka tidak semestinya mahu anak-anak yang paling cantik, Ramsey menegaskan. "Banyak pengiklan sebenarnya lebih suka pada wajah kanak-kanak yang biasa-biasa sahaja," katanya. Kriteria paling utama yang diperlukan ialah model mesti tinggal berhampiran ibu pejabat agensi permodelan tersebut yang mungkin untuk berada di Bandar-bandar besar, ini adalah kerana "Anda perlu mampu untuk pergi ke sesi  fotografi  dan mesyuarat dengan notis yang sangat singkat kadang-kadang hanya beberapa jam," jelas Margaret Pelino, seorang ejen tempahan di Agensi Model Ford, di Manhattan. "Hanya orang yang tempatan boleh berbuat demikian." Jika anda tidak tinggal di kawasan yang jauh daru Bandar utama, peluang model yang agak terhad.

      Sebuah agensi permodelan yang baik akan cuba untuk menghubungi anda kembali dalam masa beberapa minggu, menghantar sama ada surat penolakan atau jemputan untuk anda dan anak anda untuk membuat temujanji. Jika agensi suka apa yang mereka lihat (biasanya, ibu bapa yang komited dan berpewatakan baik, kanak-kanak yang berkarisma tinggi yang seolah-olah mampu melaksanakan permintaan untuk sesi fotografi) anda mungkin dijemput untuk menandatangani kontrak eksklusif. Tetapi sebelum anda berbuat demikian. . .

2)       Sentiasa berwaspada dengan penipuan. "Sentiasa berasa sangsi jika sebuah agensi atau individu meminta wang pendahuluan untuk memulakan sesi modelling ini," Pelino memberikan amaran. Agensi-agensi yang paling terkenal tidak mula meminta  yuran sehingga anak anda sudah mula bekerja (di mana, mereka biasanya akan mengambil  kira-kira 20 peratus daripada anda untuk memulakan setiap pekerjaan pemodelan dan jumlah yang sama dari syarikat yang mengupah anak anda).

      Satu lagi helah yang perlu diwaspada: Kadang-kadang sindiket penipuan ini tidak akan meminta wang secara terang-terangan, mereka akan mengatakan bahawa mereka memerlukan anda untuk menghabiskan beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit pada video atau gambar mewah anak anda, yang mereka dakwa kemudiannya akan dihantar kepada pelanggan yang berpotensi. "Tetapi mengapa anda perlu menghabiskan duit untuk gambar anak anda yang berusia 3-tahun? Dia tidak akan selamanya kelihatan pada umur itu,". Tambah Pelino lagi, agensi yang baik biasanya mahu tidak lebih daripada gambar-gambar biasa anak anda yang sentiasa dikemaskini atau paling tidak, satu set kad fotoshot profesional, yang mempunyai koleksi beberapa gambar kecil anak anda.

    Untuk lebih selamat, anda boleh menyemak agensi permodelan ini  dengan pejabat pendaftaran perniagaan tempatan anda danyang paling penting ikut naluri anda.

3)    Masa untuk bersiap sedia! Sebaik sahaja anda mendaftar dengan agensi berwibawa, kerja sebenar bermula: Anda dan anak anda akan dihantar kepada beberapa sesi berjumpa, mesyuarat ringkas dengan wakil-wakil firma yang mungkin berminat dalam pengambilan anak anda dan mahu melihat beliau dengan lebih lagi. "Proses ini biasanya mengambil masa lebih kurang 15 minit, tetapi jika terdapat kriteria yang dikehendaki proses ini boleh bertahan lebih lama," kata Ramsey. Walaupun terdapat kos untuk perjalanan ulang alik bagi sesi ini, tetapi mahu atau tidak anda harus pergi. "Anak anda akan bekerja hanya jika anda komited," katanya. Sesi pergi melihat ini boleh ada sebanyak 2 kali sehari ataupun tiada lansung untuk minggu. Dan anak anda boleh diambil bekerja dengan segera, atau ia mungkin mengambil masa sepuluh atau lebih cubaan untuk menarik hati pelanggan.


4)          Bersikap realistik. Walaupun anda mungkin berangan-angan pendapatan yang lumayan dari hasil model anak anda, perkara ini adalah jarang berlaku, kata Braunstein Sheeri, seorang agen tempahan untuk Agensi Model Wilhelmina, di New York.  Sesetengah model kanak-kanak mungkin mendapat hanya dua atau tiga pekerjaan sebulan, dan anak-anak muda biasanya bekerja tidak lebih daripada dua jam pada satu-satu masa.

     "Kadar bayaran standard bagi model kanak-kanak bekerja untuk satu sesi adalah $ 75 sejam," kata Braunstein. Menggayakan untuk produk barangan seperti  label kotak sabun, misalnya - boleh mendapat bayaran lebih sedikit, mungkin $ 125 sejam, tetapi kerja-kerja editorial untuk majalah mungkin agak kurang lumayan, bermula daripada $ 25 hingga $ 75 sejam. "Kadang-kadang kala tempat yang paling berprestij akan membayar jumlah yang paling kurang kerana mereka berpendapat anak anda akan mendapat namadan memperbaharui portfolio jika berkerja dengan mereka" menjelaskan Pelino.

   Kemudiannya ibu bapa tadi bolelah menunjukkan portfolio ini kepada pelanggan-pelangan yang berpotensi, yang mana boleh membawa kepada kerja-kerja yang lebih menguntungkan. Pengiklanan di kaca TV misalnya boleh menghasilkan ganjaran yang lebih besar. "Kerja –kerja komersial boleh menghasilkan paling sedikit adalah kira-kira $ 475 sejam.

5)    Jangan cepat berputus asa. Jika anda membuat keputusan untuk membantu anak anda meneruskan kerjaya modeling, anda perlu bersiap sedia terhadap sebarang penolakan dan kegagalan. Memang kadang kala seseorang akan menolak permohonan anak anda sama ada dengan segera (gambar anda dipulangkan dalam mel) ataupun  selepas di temuduga oleh agensi semasa proses ‘pergi-lihat’. Jangan biarkan perkara ini mengganggu gugat anda.

     Perlu diingatkan, agensi-agensi pemodelan dan pelanggan tidak semestinya mencari kanak-kanak yang paling cantik atau sempurna dalam kriteria mereka untuk menjual produk atau mewakili sesuatu cerita. Mereka mungkin mahukan kanak-kanak yang bergigi jarang dengan rambut merah kerinting berbanding si rambut lurus dengan gigi yang tersusun.Siapa tahu? Sekurang-kurangnya ada seseorang yang sentiasa memikirkan dan percaya dia adalah gambar sempurna - anda!

               

Kredit dan terjemahan dari – Parents.com

Wednesday, 19 September 2012

Tips untuk menggalakkan si kecil makan.


Hi all.Ketemu lagi kita dalam entry yang seterusnya. Erm kali ni ade sikit lain dalam entry ni sebab kita nak share tips yang kita baca dari internet bagaimana nak galakkan anak kita supaya makan. Saya percaya semua parents alami the same problems. Saya pun tengah alami benda yang sama. Tapi percayalah budak2 ni die ada stage die bila die tanak makan tuh tak payah lar paksa memang takkan makan punya. Erm tapi insyallah kita boleh cuba kot tips ni sama-sama.Hope ade improvement..  J

1)      Rendah jangkaan anda (Lower your expectation). Kanak-kanak tidak perlu makan sebanyak mana seperti orang dewasa. Perut seorang kanak-kanak hanya kira-kira bersaiz sebesar penumbuk mereka. Percayalah mereka, apabila mereka memberitahu anda mereka kenyang selepas hanya makan sejumlah kecil.

2)      Cuba isikan bekas-bekas kecil dengan makanan-makanan ringan yang berkhasiat (contoh: buah2an potong, biskut oat, roti,kekacang) dan tinggalkan ia dalam jangkauan anak anda. Dengan cara ini mereka akan dapat mengisi perut mereka dengan makanan ringan tadi sambil bermain. Gantikan makanan selepas 1 hingga 2 jam untuk memastikan kesegarannya.

3)      Masukkan sekali anak-anak anda dalam perancangan makan. Biarkan setiap kanak-kanak bergilir-gilir memilih hidangan sampingan untuk satu hidangan sehari. Beri mereka pilihan hidangan untuk dipilih.

4)      Biarkan anak-anak anda untuk membantu menyediakan makan. Malah anak kecil boleh duduk di meja dan membantu anda menambah bahan-bahan atau kacau pinggan. Mereka akan lebih cenderung untuk mencuba hidangan mereka apabila mereka turut serta menolong anda.

5)      Letakkan sesudu setiap makanan di atas pinggan setiap kali anak anda makan. Malah jika ia tidak dimakan, simpan dahulu makanan itu dan teruskan mencuba berulang. Insyallah akan berhasil juga walaupun sedikit.

6)      Tawarkan sos cicah. Kanak-kanak suka bermain dengan makanan mereka. Mempunyai keju, yogurt atau salad dressing untuk mencicah buah-buahan dan sayur-sayuran dalam akan membuat makan lebih menyeronokkan.

7)      Cuba kurangkan susu dan jus sebelum makanan utama untuk menjaga anak anda dari mengisi perut mereka dengan minuman bukannya makanan. Anak-anak muda hanya perlu 2 cawan susu dan 6 oz. jus sehari

GOOD LUCK.SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 11 September 2012

Cari baju baby?What is the criteria to look at..?

Assalamualaikum to all. Erm..Welcome again to my 4th entry of the blog. For those who have reading my previous entry thank you soooo much for the support. Really appreciate that.  :) Hari ini kita tengok industri pakaian baby n kanak-kanak berkembang dengan sangat pesat.Macam-macam fesyen, style design, colour sampai rambang mata dibuatnya bile nak shopping. Mengikut satu laporan kajian yang dibuat oleh Datamonitor US industri pakaian ini dijangka meningkat sebanyak $186 Billion pada tahun 2014 nanti. Peningkatan ini bertambah sebanyak 15% dari tahun 2009. Data ni menunjukkan bahawa fesyen pakaian kanak-kanak hari ini dah tak sama macam zaman kita dulu2. Makin lama makin complicated. Kalah baju untuk mak bapak. Hari ini terlalu banyak jenama pakaian baby n kanak-kanak yang dijual di kedai2, butik2 dekat online store..sampaikan jenama yang tak pernah dengar pon ade..huhu.

Nak carik baju untuk anak-anak ni bukan perkara mudah. Banyak perkara sebenarnya yang perlu diambil kira contohnya budget (main things), size, design, material, brand dan macam2 lagi. Ramai orang berpendapat, mencari pakaian untuk kanak-kanak kadang kala sesuatu yang agak sukar berdasarkan kepada isu-isu seperti perkembangan tubuh badan yang agak cepat (normal issue), ketahanan dan kualiti pakaian serta budget yang kadang kala agak membebankan. Jadi sebelum anda membeli pakaian untuk anak-anak anda, ia adalah penting untuk berfikir tentang apa yang anda beli, bukan hanya dari segi harga, tetapi juga dari segi kesesuaian untuk anak anda.

Perlu diingatkan pada semua yang mana baby mudah merasa kesejukan oleh yang demikian terpulang kepada anda untuk memastikan anak anda berpakaian dengan tepat. Ini kerana baby akan mengambil masa untuk badan mereka belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza. Harus diingatkan hujung kaki bayi perlu dilindungi dengan topi, sarung tangan, dan mungkin menambah selimut jika perlu. Tetapi mestilah selalu alert dengan kepanasan baby anda agar tidak melampau ye. Jika bayi berpeluh atau kulit berwarna merah, anda bolehlah memakaikan dengan pakaian yang light atau nipis. Tanda-tanda seperti baby berpeluh atau kulit berwarna merah menunjukkan ianya terlalu panas (biasanya saya akan sentuh pipi diorang :) nak rasa warm sangat ker tak).
                                     
Perkara ini boleh juga berlaku sebaliknya. Misalnya dalam cuaca yang panas baby juga dalam process sebenarnya untuk belajar bagaimana nak menyejukkan badan mereka sendiri. So pastikan anda memakaikan anak anda dengan material yang sejuk dan juga yang mempunyai pengudaraan yang baik kalau suhu ketika itu panas. Tapi..haa ade tapi.kene pastikan juga bahagian hujung kaki (biasanya) agar sentiasa warm..ok. Oleh itu anda harus pastikan mempunyai koleksi stokin yang cukup terutamanya bagi anak yang masih baby.Topi juga penting bagi memastikan baby kita terlindung dari terik matahari. Topi memacing (fishing hat) pada saya agak sesuai digunakan dengan cuaca di Malaysia.                

Tidak kira apa suhu pun, pakaian bayi mestila  membolehkan pergerakan bebas daripada semua bahagian tubuh kanak-kanak itu. Pakaian yang terlalu ketat boleh menyekat peredaran darah ke bahagian badan bayi. Perkara ini benar kerana bila baby tadi dah belajar untuk bergolek dan kemudian merangkak - dia perlu boleh melakukan perkara-perkara yang tak dihalang oleh pakaian tadi. Selain itu perlu juga dipastikan baju pada bahagian leher tadi tidak terlalu ketat untuk mengelakkan dari bahaya tercekik. Baju-baju baby seperti rompers memang digalakkan untuk ada dan beli pasal ianya memudahkan pergerakan baby tadi contohnya nak merangkak, memanjat, melompat semua mudah. Lagi satu rompers atau jumpsuits ni senang tak payah pakai seluar kalau dekat rumah tu (sekali semua)  :)
             

Selain itu material kain yang digunakan juga penting untuk diambil kira. Kulit bayi adalah sangat sensitif, dan material kain yang kasar boleh menyebabkan ruam/rash pada baby. Anda juga mungkin mendapati menggunakan detergen bayi khas adalah yang terbaik apabila mencuci pakaian bayi, kerana ia juga kurang mungkin menyebabkan kerengsaan dan ruam. Bagi mengelakkan ruam/rashes pada kulit baby anda terutama yang berkulit sensitif, boleh lar mencuba sabun pencuci pakaian khas (Non-Bio). Pakaian bayi anda tidak perlu mempunyai terlalu banyak hiasan, seperti reben atau butang besar. Ini adalah sebab dikhuatiri menjadi punca tercekik sekiranya hiasan-hiasan tersebut tertangggal terutamanya pada baby yang tengah active (baru dapat kaki). Untuk pengetahuan semua bahawa kesemua pakaian kami di Shamrock Hut adalah 100% cotton dan dijamin sesuai untuk keselesaan baby.
       
                                                                                     
Selain itu perlu juga diingat yang kebanyakan baby memang tak suka untuk tukar nappy dan juga baju oleh itu adalah lebih baik untuk kita mempunyai baju-baju yang mudah untuk dipakaikan pada anak-anak kita. :)) Saya memang mempunyai koleksi baju yang banyak seperti ini memandangkan ianya mudah untuk dipakaikan (tak perlu nak buka2 baju just cabut butang ataupun buka kan zip saja) selain itu pada waktu malam pulak senang untuk dibawa tidur especially bagi anak2 yang tidur lasak.Tidak kira macam mana comel sekali pun, cuba elakkan pakaian terutamanya pakaian tidur yang rumit untuk memakainya. Leceh. Kebiasaannya saya suka untuk sediakan outfit seperti rompers, all in one suits dan sleep suits banyak2 sebab pakaian jenis ini memang selesa untuk tidur terus lepas bermain.
Kami di Shamrock Hut mempunyai pillihan baju yang anda perlukan untuk baby dan anak anda. Sila lawati kedai online kami untuk mendapatkan baju yang sesuai, selesa, berkualiti, bergaya dan yang paling penting berbaloi untuk wang anda.  :)  

Daa!!



Monday, 3 September 2012

Raya..raya..raya.. :)

Hi all apa khabar.. :) assalamualaikum.Hihi kita ketemu kembali since my last post. Dah 2minggu juga yer kite semua umat Islam menyambut Aidilfitri.Macamne dengan sambutan Hari Raya anda semua?Mesti meriahkan dengan sanak saudara, menu makanan hari raya yang berbagai..Nyum..nyum.. :) yang paling seronok mestilah kanak2..dengan duit raya, bunga api, main dengan sepupu sampai malam tuh belum lagi baju raya yang bermacam kaler n berpasang2..huhu.

Sebut pasal raya dan budak2 ni..kali ni entry saya  mengenai raya anak-anak (kanak-kanak) melayu di perantauan. Hehehe.Bila dah nama pon raya kan dekat mana sekali pon kita berada hari raya tetap disambut dengan meriah ye tak. :) Sama juga dengan kami yang berada jauh nun di benua eropah ni.Sambutan tetap dibuat walaupun tidak dapat nak lawan kemeriahan di Malaysia.

Pada tahun ini 1 syawal jatuh pada hari Ahad bersamaan 19 Ogos 2012. Kami disini bersyukur sebab jatuh pada hari Ahad.Kalau jatuh pada hari weekdays..   :(( alamatnya memang beraya di rumah/ di tempat kerja / di campus je la jawabnya. Seperti kebiasaannya kami dan masyarakat Malaysia yang lain akan beramai2 memeriahkan suasana di Malaysia Hall untuk jamuan hari raya oleh pihak kedutaan dan juga sembahyang raya. 

Kemeriahan mula terasa selepas sembahyang raya di mana jamuan raya disediakan. Semua anak2 rantau yang dah lama rindukan makanan Melayu cepat2 buat que line.Lambat habis..hihi. Apa yang seronok bila berkumpul reramai ni bila semua orang pakai baju traditional kita iaitu baju melayu dan baju kurung/kebaya. Rasa homely, best dan bangga pon ada bila mat dan minah salleh tengok dengan rasa kagum (pelik sebenarnya) dress yang kita pakai hihi.

Beratur...Lambat tak dapat!

Nyanyi lagu negaraku ~ patriotik raya :)

Di sini saya uploadkan sedikit sebanyak suasana raya di Malaysia Hall dan gambar si kecil perantau beraya. Seperti kebiasaan pada Hari Raya pertama sudah tentulah baju2 traditional dan kebangsaan jadi pilihan ibubapa. Cuma sedikit perbezaan disini mereka tambahkan dengan 'jacket' / 'coat' untuk mengelakkan sejuk. Tak sama seperti tahun2 lepas.Tahun ni kami di belah2 benua Eropah ni beraya dalam musim panas/summer.So tade lar berkelubung dengan jacket tebal.


Kemeriahan dan kegembiraan beraya di Malaysia Hall biasanya tak lama mana. Kira-kira dalam tengah hari semua orang dah pakat2 balik atau pun beraya di rumah sahabat handai yang lain. Walaupun kekurangan rumah yang nak diserbu, namun kami disini masih lagi mengekalkan tradisi raya kunjung mengunjung rumah ke rumah. Cuma yang berbezanya rumah yang diserbu sikit dalam 2-3buah rumah dan masa bertandang agak lama dari pagi ke malam..hihi.

Suasana raya kami diteruskan lagi pada minggu seterusnya dengan jemputan rumah terbuka bagi rakan yang tak berkesempatan masa raya pertama dulu. :) Open house kami ni pulak ade macam2 style, ade yang buat style buffet, ade yang buat alar2 bbq dan ade jugak yang buat style 'pot luck' (biasanya orang bujang lar). Bagi yang ade laman blakang rumah tuh (backyard) memang agak meriah ler riuh rendah dengan anak2 kecik berlari ke sana sini..Disebabkan belum sejuk lagi untuk raya kedua ni fesyen pakaian anak2 lebih kepada casual.Macam gambar dibawah ni..






Oklah..itu saje sedikit sebanyak yang dapat saya coretkan tentang raya diperantauan ni. Apa yang dapat saya katakan walaupun di mana kita berada adat resam budaya tetap tidak kami lupakan dan perkara ini seharusnya kita pupuk dalam diri anak-anak kita walaupun bila dan di mana mereka berada supaya tidak hilang ditelan zaman... :) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.



Sebagai selingan dari Mat Luthfi








Wednesday, 15 August 2012

Jualan sempena Aidilfitri

Hi all.Ketemu kita lagi di entry kedua Shamrock Hut ya...Sedar tak sedar tinggal lagi berapa hari lagi je yer kita dah nak sambut raya..Wah meriah sungguh ye suasana raya dekat Malaysia time-time macam ni. Lagu-lagu raya berkumandang sana sini, hiasan rumah dengan panjut lampu lip lap sebagainya..adik beradik sanak saudara dah mula berkumpul..aduh sayu nye hati saya memandangkan tahun ni kami sekeluarga tak dapat nak join kemeriahan raya di Malaysia.Nampaknya tahun ni beraya lagi la kami buat kesekian kalinya di Malaysia Hall..dapat la makan mee hun goreng + nasi impit..nak dapat rendang tok+ketupat+lontong+lemang ermm..tengok dekat gambor FB/skype jerlar..Huhu.

Ooo saya ni bukan nak cerita pasal raya.Memandangkan raya kali ni dah semakin hampir kita tau orang yang paling sibuk tatkala ni mestila kaum ibubapa..mana taknya sibuk ngan last minute persiapan untuk anak-anak. Yelar kalau sebut raya ni yang paling seronok sekali sambut mestilar anak-anak kitakan.Baju baru mesti kene ada.Mesti ada sekoman koman nye pon 2 pasang.Kalau takde mau boikot tamo raya (macam biasa buat jer..hahaha). Raya pertama baju melayu/kurung.Tu tang raya kedua tuh mesti ade baju jalan..yang boys mesti nak baju yang ranggi n stylo baru nampak cool..(padahal baru darjah 2  :)) yang perempuan pulak mesti nak looks gegirl gitu.

Walaupun Shamrock Hut masih lagi baru dalam online business ni.Namun hasil jualan sempena raya kali ni amat menggalakkan. Kami di Shamrock Hut telah beberapa kali membuat jualan kepada orang-orang yang terdekat dengan kami terutamanya di sekitar manjung, Perak. Jualan yang dilakukan ala-ala carboot sale UK ni (cuma tak buat kat boot kereta jer..hehheh) telah mendapat feedback yang positif dari pembeli kami. Terima kasih yang amat sangat kepada semua pembeli Shamrock Hut atas sokongan yang diberikan.Insyallah jika sokongan yang diterima berterusan kami akan cuba penuhi setiap permintaan pelanggan terutamanya dari segi size (lepas ni insyaallah kami try untuk cari size bagi anak2 umur 2 tahun ke atas).

Berikut adalah baju-baju yang telah dijual dan dah takde lagi dalam stock kami. Kepada yang terlepas tuh mintak maaf sangat-sangat pasal barangan kami ni memang sangat limited..So kalau dah berkenan tuh cepat-cepat order..Bak kata lagu ni ~ "Jangan tunggu lama2 nanti lama2 dia diambil orang".

Mothercare - Rata-rata pembeli memuji kualiti kain yang dijual. Kualiti kain sangat lembut, sangat selesa dan dari jenis kain sejuk. Selain itu baju-baju mothercare ni kainnya memeri (stretchable) so katelar umur anak dah lebih sekalipon masih boleh di pakai. Contohnya saya anak saya masih lagi pakai jumpsuit mothercare umur 6bulan walaupun sekarang die 18bulan, cuma tak boleh button belah bawah tu jer.Tetap selesa. So kita tak perlu risau pasal badan budak2 yang cepat membesar ni.. :) Selain tu juga ramai pembeli berpuas hati terhadap harga kami yang ternyata jauh lagi murah dari gedung sebenar. Paling penting sekali  baju baju ini adalah 100% original! Ini adalah antara baju-baju yang terjual:






Pumpkin Patch - Baju-baju PP ini adalah origin dari New Zealand dan baju-baju PP ini juga hanya terdapat di beberapa buah negara sahaja storenya. So it's kinda exclusive jugakla kalau anak-anak anda yang memakainya.Saya berani jamin setakat ni belum ade counter fake product (tiruan) yang ada untuk jenama PP ini. PP adalah setanding dengan Mothercare tapi harga dan barangannya (kualiti dan design) up sedikit jika nak dibandingkan dengan Mothercare. Ramai pembeli yang comment mengenai corak dan designnya yang sangat unik.Klau untuk girls tuh memang sangat teserlah girlishnya dengan corak bunga2 dan warnanya. Klau boy pulak dengan design nature biru..Dari segi harga memang berpatutan sebab agak sukar nak dapat pada harga murah even though mase tengah sale.Tapi setakat ini kami sedaya upaya untuk cari dan dapatkan harga yang paling rendah untuk para pelanggan kami. Ini antara barangan PP yang telah terjual.



Primarks - Primarks ni adalah brand yang sangat dikenali di Eropah terutamanya di UK dan Ireland. Walaupun brand dia bukan brand berjenama namun tetap punyai keistimewaan sendiri. Primarks terkenal di sini disebabkan harga yang sangat murah (kualiti tetap terjamin) dan juga fashion/style yang sangat up to date. Ini dipersetujui oleh kesemua pembeli kami. Rata-rata tertarik dengan design dan stylenya sebab kesemua style memang takkan dapat di Malaysia dan setakat ini baju2 Primarks ni antara yang paling laris dan mendapat sambutan. Saya pon sendiri kerap bershopping baju anak-anak saya di Primarks sebab murah dan sannnnggaaatttt stylo! Kebanyakan baju budak didesign sama seperti design orang dewasa. So kalau nak kan kelainan boleh cuba baju-baju Primarks. :))  Ini antara baju-baju yang sold out!









Erm itu antara item yang terjual sempena hari raya ini. Selain brand yang tersenarai di atas kami jugak ada jenama Baby GAP dan jugak kasut jenama Clarks untuk kanak-kanak. Walaupun Hari Raya dah nak kunjung tiba..bagi sesiapa yang still lagi tercari-cari baju raya untuk anak tuh especially yang tinggal berdekatan Manjung boleh lar lawati kedai kami ni yer. Kepada semua pembeli pulak Shamrock Hut mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi bershopping dengan kami dan kami berharap anda akan berpuas hati dengan barangan yang kami jual. Kami juga amat berharap atas sokongan anda. OK ketemu lagi di lain entry..Daaa..  :))





Saturday, 11 August 2012

Fáilte roimh Shamrock Hut

Assalamualaikum to all Shamrock Hut visitors. We at the Shamrock Hut wish you a very warm welcome to our one and only blog hehhe. At last dapat juga saya siapkan blog pertama untuk Shamrock Hut dan juga blog pertama untuk diri saya sendiri. Puas dan happy bila tengok blog ni dah siap dengan berkat berguru melalui internet forum almost every day sampaikan kelam kabut daily schedule saya. Harapan saya semoga blog ini akan sentiasa success ke depan dan jadi satu platform yang bagus untuk mempromosikan Shamrock Hut pada orang ramai. Amin......  :)

Saya ni tak berapa pandai sangat nak mengarang and ayat mengayat ni.So bila my partners in Shamrock Hut ask me to build up a blog the 1st thing come up into my mind is - writing!I don't like writing, most especially when I have to talk to my self...arrgghh tension nye nak cari ayat. Tapi disebabkan untuk memperkenalkan Shamrock Hut kepada lebih ramai audience..ok!I accept the challenge..there you are..inilah hasilnye kawan-kawan.

Sebenarnya blog ni adalah kesinambungan dari laman Facebook kami iaitu (Shamrock Hut - http://www.facebook.com/pages/Shamrock-Hut/415207975166469) dan juga laman twitter kami iaitu @shamrock_hut. Kedua-dua laman sosial kami ni adalah tempat kami update berita ataupun infomation terkini mengenai Shamrock Hut. Selain itu pada laman FB kami terdapat online store kami yang mana pengunjung boleh ber'window shopping' disitu atau pon terus shopping dengan add item yang berkenan ke dalam shopping basket/cart yang tersedia. Tentang payment boleh dibuat melalui bank transfer atau bank in terus ke acount bank kami. Semua ni ada saya nyatakan pada term n condition blog ini ok? Tapi kalau tak clear lagi jangan segan2 boleh tanya terus pada saya pada laman sembang sebelah.Insyallah kalau tak busy, saya akan jawab pertanyaan anda. Oppssssss...sebelum terlupa..bagi FB page kami tu perlu lar sudi-sudi meng LIKE dulu page tuh baru boleh view online store kami kalau tak memang takkan keluar ape2 pasal segala content dalam store tuh di'hide' sehingga LIKE.So harap anda-anda semua sudi lah ye LIKE page tu.. :)

Bagi yang ada twitter tuh boleh lar kita eratkan lagi silatul rahim antara kita dengan folow memfolow kami @shamrock_hut. To be honest I still can't see the effectiveness of Twitter in promoting our shop...tapi takpe lar ikut pada kata2 adik, " kau tak popular lagi..Nanti kalau kau dah popular ramai lar yang follow kau.." Aminn..Heh semoga kata-kata kau tu akan jadi kenyataan adikku (stakat ni die lar follower setia Shamrock Hut - kene bagi hadiah ni).

Oklar berbalik kita pada blog ni, dalam blog ni mengandungi 4 bahagian yang mana;

Our shout - Di sini kami akan masukkan segala latest update mengenai kami (review tentang baju), article- article menarik dan related to our business, informative articles dan apa2 sahaja topik2 yang saya menarik untuk kita kongsi bersama.
About Us - Ini untuk sesiapa yang nak tau lebih lanjut mengenai kedai kami.
Our store - Di sini kami letakkan store online kami yang mana memudahkan pelawat untuk view baju-baju kami.Dalam store kami ni semua maklumat tentang harga, size, bilangan dan material baju semua tersedia cuma perlu klik sahaja. Dari kedai ni boleh lar sesiapa yang berminat nak beli terus shopping disitu (sama macam shopping dekat online website yang lain).
Term n Condition - Di sini pulak diterangkan secara detail macam mana nak shopping dengan kami dan juga segala terma dan syarat bagi pembeli. So read carefully and make your decision wisely..as easy as ABC!

Selain tu dalam blog ni visitor boleh contact saya secara terus dengan pergi ke Laman Sembang dekat situ boleh lar tanya apa2 yang tak clear lagi. Insyallah saya akan cuba sentiasa be available online.

Oklar mungkin hanya setakat ini sahaja post saya pada entry kali ini. Insyallah entry yang seterusnya akan terus menyusul tak lama lagi (will look out for more interesting ideas and topics - exp on kids fashion). So kepada sesiapa yang berminat untuk melihat atau mendapatkan baju kanak-kanak fashion terkini ala europe boleh terus bersama kami di ~ Shamrock Hut will give you oversea style with a reasonable price.

Harapan kami di Shamrock Hut, semoga pelawat blog ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa dan semoga impian kami untuk melihat Shamrock Hut terus success di masa akan datang akan terlaksana. A quote say that, "If you can imagine you can create it. If you can dream it, you can become it" - Ward,William Arthur.

      Fáilte roimh Shamrock Hut / Selamat Datang ke Shamrock Hut