Wednesday, 15 August 2012

Jualan sempena Aidilfitri

Hi all.Ketemu kita lagi di entry kedua Shamrock Hut ya...Sedar tak sedar tinggal lagi berapa hari lagi je yer kita dah nak sambut raya..Wah meriah sungguh ye suasana raya dekat Malaysia time-time macam ni. Lagu-lagu raya berkumandang sana sini, hiasan rumah dengan panjut lampu lip lap sebagainya..adik beradik sanak saudara dah mula berkumpul..aduh sayu nye hati saya memandangkan tahun ni kami sekeluarga tak dapat nak join kemeriahan raya di Malaysia.Nampaknya tahun ni beraya lagi la kami buat kesekian kalinya di Malaysia Hall..dapat la makan mee hun goreng + nasi impit..nak dapat rendang tok+ketupat+lontong+lemang ermm..tengok dekat gambor FB/skype jerlar..Huhu.

Ooo saya ni bukan nak cerita pasal raya.Memandangkan raya kali ni dah semakin hampir kita tau orang yang paling sibuk tatkala ni mestila kaum ibubapa..mana taknya sibuk ngan last minute persiapan untuk anak-anak. Yelar kalau sebut raya ni yang paling seronok sekali sambut mestilar anak-anak kitakan.Baju baru mesti kene ada.Mesti ada sekoman koman nye pon 2 pasang.Kalau takde mau boikot tamo raya (macam biasa buat jer..hahaha). Raya pertama baju melayu/kurung.Tu tang raya kedua tuh mesti ade baju jalan..yang boys mesti nak baju yang ranggi n stylo baru nampak cool..(padahal baru darjah 2  :)) yang perempuan pulak mesti nak looks gegirl gitu.

Walaupun Shamrock Hut masih lagi baru dalam online business ni.Namun hasil jualan sempena raya kali ni amat menggalakkan. Kami di Shamrock Hut telah beberapa kali membuat jualan kepada orang-orang yang terdekat dengan kami terutamanya di sekitar manjung, Perak. Jualan yang dilakukan ala-ala carboot sale UK ni (cuma tak buat kat boot kereta jer..hehheh) telah mendapat feedback yang positif dari pembeli kami. Terima kasih yang amat sangat kepada semua pembeli Shamrock Hut atas sokongan yang diberikan.Insyallah jika sokongan yang diterima berterusan kami akan cuba penuhi setiap permintaan pelanggan terutamanya dari segi size (lepas ni insyaallah kami try untuk cari size bagi anak2 umur 2 tahun ke atas).

Berikut adalah baju-baju yang telah dijual dan dah takde lagi dalam stock kami. Kepada yang terlepas tuh mintak maaf sangat-sangat pasal barangan kami ni memang sangat limited..So kalau dah berkenan tuh cepat-cepat order..Bak kata lagu ni ~ "Jangan tunggu lama2 nanti lama2 dia diambil orang".

Mothercare - Rata-rata pembeli memuji kualiti kain yang dijual. Kualiti kain sangat lembut, sangat selesa dan dari jenis kain sejuk. Selain itu baju-baju mothercare ni kainnya memeri (stretchable) so katelar umur anak dah lebih sekalipon masih boleh di pakai. Contohnya saya anak saya masih lagi pakai jumpsuit mothercare umur 6bulan walaupun sekarang die 18bulan, cuma tak boleh button belah bawah tu jer.Tetap selesa. So kita tak perlu risau pasal badan budak2 yang cepat membesar ni.. :) Selain tu juga ramai pembeli berpuas hati terhadap harga kami yang ternyata jauh lagi murah dari gedung sebenar. Paling penting sekali  baju baju ini adalah 100% original! Ini adalah antara baju-baju yang terjual:






Pumpkin Patch - Baju-baju PP ini adalah origin dari New Zealand dan baju-baju PP ini juga hanya terdapat di beberapa buah negara sahaja storenya. So it's kinda exclusive jugakla kalau anak-anak anda yang memakainya.Saya berani jamin setakat ni belum ade counter fake product (tiruan) yang ada untuk jenama PP ini. PP adalah setanding dengan Mothercare tapi harga dan barangannya (kualiti dan design) up sedikit jika nak dibandingkan dengan Mothercare. Ramai pembeli yang comment mengenai corak dan designnya yang sangat unik.Klau untuk girls tuh memang sangat teserlah girlishnya dengan corak bunga2 dan warnanya. Klau boy pulak dengan design nature biru..Dari segi harga memang berpatutan sebab agak sukar nak dapat pada harga murah even though mase tengah sale.Tapi setakat ini kami sedaya upaya untuk cari dan dapatkan harga yang paling rendah untuk para pelanggan kami. Ini antara barangan PP yang telah terjual.



Primarks - Primarks ni adalah brand yang sangat dikenali di Eropah terutamanya di UK dan Ireland. Walaupun brand dia bukan brand berjenama namun tetap punyai keistimewaan sendiri. Primarks terkenal di sini disebabkan harga yang sangat murah (kualiti tetap terjamin) dan juga fashion/style yang sangat up to date. Ini dipersetujui oleh kesemua pembeli kami. Rata-rata tertarik dengan design dan stylenya sebab kesemua style memang takkan dapat di Malaysia dan setakat ini baju2 Primarks ni antara yang paling laris dan mendapat sambutan. Saya pon sendiri kerap bershopping baju anak-anak saya di Primarks sebab murah dan sannnnggaaatttt stylo! Kebanyakan baju budak didesign sama seperti design orang dewasa. So kalau nak kan kelainan boleh cuba baju-baju Primarks. :))  Ini antara baju-baju yang sold out!









Erm itu antara item yang terjual sempena hari raya ini. Selain brand yang tersenarai di atas kami jugak ada jenama Baby GAP dan jugak kasut jenama Clarks untuk kanak-kanak. Walaupun Hari Raya dah nak kunjung tiba..bagi sesiapa yang still lagi tercari-cari baju raya untuk anak tuh especially yang tinggal berdekatan Manjung boleh lar lawati kedai kami ni yer. Kepada semua pembeli pulak Shamrock Hut mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi bershopping dengan kami dan kami berharap anda akan berpuas hati dengan barangan yang kami jual. Kami juga amat berharap atas sokongan anda. OK ketemu lagi di lain entry..Daaa..  :))





No comments:

Post a Comment