Tuesday, 16 October 2012

Promosi sempena Aidiladha!!Cepat!

Salam semua.Hehe rasanya lama dah yer tak post pape dekat blog ni.tapi a'lilah sy hepi sgt tgk improvement n sambutan you all dekat blog sy yang tak seberapa ni.Huhu. Sorry macam abandon sket lar blog ni pasal skang ni busy concentrate dengan FB page Shamrock Hut. tak menang tangan di buatnya. A'lilah syukur sgt pada Allah skang ni respond orang ramai dekat Shamrock Hut memberansangkan. Walaupun tak ramai but for me it is a good start bagi kami yang takde nama ni..Hihihi.  :)

Ok untuk post kali ni sy nak promote lar sket tentang Promosi sempena Aidiladha ni. Kami di Shamrock Hut buat promosi ni adalah sempena Hari Raya Korban yang akan datang ni dan juga kebetulan sempena meraikan FB fan kami yang dah sampai 100 lebih LIKE..huhu.Macam bayar nazar lar pulak kan..huhu.


Pada promosi kali ni kami dah turunkan harga setiap pakaian kami dan juga bagi discount 15% pada setiap seluar maternity yang kami jual. Cuma dekat seluar maternity ni masih harga asal insyalah ade mase nanti saya change (tapi sape berminat boleh PM or deduct sendiri yer). Bagi pakaian kanak-kanak yang lain semua sy dah reducekan harga.

Just nak inform yang semua promosi ni hanya dalam tempoh terhad tau.Insyallah dalam 3 minggu camtuh, so lepas ni harga akan back to normal again..hihi.Sorry.So kalau rasa berminat tuh cepat2 lar order pasal kalau tak dapat harga lama balik  :)  Lagi satu just nak aware you all yang item kami ni tak banyak.Kami ade 1/2 unit jer per item. Pasal kami baru mula n nak tengok sambutan dulu kalau sambutan ok insyallah kami order lagi banyak. So kalau sesiapa dah beli kira tade lagi lar..Hihi.

Kami juga ada buat change skit pada kedai online kami ni yang mana untuk baju2 new born baby (range early baby - 3 month) kami letakkan pada album gambar page kami di 
(memandangkan respond yang menggalakkan dr bakal2 mummy nih  :) ) Selain dari newborn exp, seluar maternity,pakaian kanak-kanak >3month, n kasut semua dalam online store kami.

Ok pasal cara nak order pulak, macamni order semua boleh dibuat direct dengan click shopping cart dalam online store kami dan ikut arahan disitu. Tapi kalau masih ragu2 n was2 boleh PM sy dengan comment dekat blog ni ok (guna ruangan chat pon ok gak huhu).

Ok setakat ini dulu post saya kali ini. Thank you again for all the support that given to us and we're really appreciate that.

Akhir kata...'JANGAN TUNGGU LAMA2 NANTI LAMA2 IA DI BELI ORANG...'  hehe.

Daa.

Monday, 1 October 2012

Sehari dalam hidup model kanak-kanak


08:00
Ia merupakan pagi yang cerah bila saja Katie Lahey bangun dari tidur di apartmen ibu bapanya di New York. Ibunya Cathi memandikan anak kecil itu, menyuapkan beliau sarapan, memakaikan pakaian buat bayi kecil itu, yang mana mereka mereka akan ke agensi modelling untuk mengadakan sesi fotografi dan pemilihan hari itu. Cathi harus melakukan beberapa perkara dan persediaan sebelum pergi termasuklah menyediakan semua mainan kegemaran anaknya, makanan ringan dan juga beberapa helai set persalinan pakaian buat anak kecil itu.

Adakah Katie tahu apa yang berlaku? "Ya, dia memang teruja," kata Cathi. "Dia seorang kanak-kanak yang periang, saya pasti tidak akan dapat berbuat demikian jika dia tidak mempunyai perangai ini." Atau, seperti yang kita akan lihat, jika diri Cathi sendiri tidak mempunyai stamina dan tahap kesabaran tinggi ia takkan berjaya.

10:00
Selepas menaiki bas ke seluruh bandar, Cathi dan Katie tiba di Utopia, di mana mereka bertemu dengan beberapa orang agen-agen tempahan. Agensi-agensi ini mewakili jurugambar kanak-kanak yang terkenal  yang mana mereka ini biasa mengambil gambar iklan atau katalog untuk pelanggan seperti  Guess Kids dan FAO Schwarz. Sesi pagi itu diringkaskan: "Mereka hanya mahu melihat personaliti Katie sahaja," terang Cathi.

Agen-agen tersebut menggunakan masa ini untuk memastikan kanak-kanak itu berada dalam keadaan selesa dengan orang yang tidak dikenali, prihatin, serta dapat menyesuaikan diri dengan jurugambar dan juga persekitaran baru. Agen-agen tersebut menanyakan pada Cathi mengenai pengalaman lain Katie dalam dunia permodelan ini, dan Cathi memberitahu tentang kesemua sesi modelling yang pernah dilalui Katie termasuk cetakan iklan bagi percutian Baby GAP dan juga beberapa sesi fotografi untuk ruang fashion majalah Parents. Jurugambar kemudiannya mula mengambil gambar Katie melalui camera Polaroid. Katie kelihatan tersenyum. "Dia kenal pada kamera, dia akan tersenyum, relax dan mula posing" kata ibunya Cathi. (Walaupun begitu prestasi cemerlang Katie tidak begitu menyerlah, pihak kami (Parents.com) menghubungi Cathi 6 minggu kemudian dan dia memberitahu kami yang mana selepas sesi modelling tersebut pihak Utopia tidak datang semula kepada mereka).

12:00
Cathi dan anak kecil beliau mengambil satu lagi bas ke ibu pejabat Pengurusan untuk Model Produk yang terletak di pusat bandar, agensi yang mewakili Katie. Ia adalah sebuah pejabat kecil dengan kakitangan yang terdiri daripada tiga orang: "Sangat seperti keluarga," kata Cathi. "Kami sentiasa mendapat perhatian yang lebih di sini." Beliau telah mula mengayun langkah untuk mengambil baucer berbentuk invois yang perlu diserahkan kepada agensi modelling Katie lewat petang itu. (Pelanggan akan menggunakan baucer ini untuk membuat proses pembayaran kepada model dan agensi.) Anak kecil itu akan bergambar di atas 'car seat' untuk Toys "R" Us katalog. Cathi berbual-bual dengan Charles Ramsey, pemilik agensi. "Mereka tidak pernah melihat Katie sejak dia sejak dia mula menjadi model 11 bulan yang lalu," kata ibunya bangga, walaupun dia berterusan menghantar gambar Katie setiap enam bulan kepada agensi itu untuk dikemas kinikan.

13.30
Cathi dan Katie tiba di studio mana sesi fotoshot bersama Toys "R" Us berada. Nasib baik, uji bakat tidak perlu lagi dilakukan untuk mendapatkan kerja ini kerana sebelum ini Katie telah bekerja untuk Toys "R" Us. Kini syarikat itu sekali lagi menempah Katie untuk produk terbaru mereka. Mereka kemudiannya menunggu giliran untuk mendandan dan bersolek Katie. Kemudian memakaikan Katie dengan pakaian baru dan menempel sedikit bedak di muka untuk menyembunyikan beberapa kecacatan kecil gadis kecil itu. Setakat ini, Katie telah melakukan beberapa aksi supermodel, tetapi satu usaha untuk meletakkan anak patung Winnie-the-Pooh dan meletakkan sepit pada rambut beliau menimbulkan rasa kurang selesa pada Katie sehingg anak kecil itu menangis. Ibunya segera bergegas dan memujuk jurusolek untuk tidak meneruskan idea dengan klip rambut. "Jika Katie berasa tidak gembira tentang sesuatu perkara di sesi fotoshot, saya tidak membiarkan mereka melakukannya," tegas Cathi.

Sewaktu di set, gadis kecil itu duduk di dalam 'car seat' dan dikelilingi pelbagai cahaya dari flash kamera jurugambar. Pada sesi ini jurugambar terpaksa mendapatkan bantuan dari penghibur kanak-kanak profesional yang tahu bagaimana untuk menarik perhatian model kecil untuk beraksi di depan lensa kamera. Dia berlegar di sebelah kamera sambil melambai anak patung Elmo dan mengagah Katie. Usaha untuk mendapatkan senyuman gembira, ceria dan fotogenik Katie akhirnya berjaya. Selepas kira-kira 35 minit, segalanya selesai. Berbeza dengan kerja-kerja yang melibatkan model dewasa, yang mana ianya boleh memakan masa  sehingga berjam-jam dan agak meletihkan, sesi fotoshot bayi lebih pendek dan ringkas hanya untuk mendapatkan perhatian mereka sahaja.

15.00
Kerja 1 hari telah berakhir. Bayaran Katie selama dua jam modelling (kira-kira setengah jam sesi fotoshot dan 90 minit persedian dan menunggu) adalah sebanyak $ 150, yang mana setiap produk mendapat 20 peratus bayaran. (Toys "R" Us akan membayar 20 peratus lagi terus kepada agensi secara langsung.) Bayaran menunggu dan ulang alik bagi si ibu? Tidak satu sen pun.


"Ia membuatkan kita keluar berjalan-jalan dari duduk di rumah," kata Cathi, bekas PR profesional dan perancang majlis. Setakat ini Katie telah memperolehi beberapa ribu dolar untuk simpanan kegunaan kolej beliau nanti. "Saya tidak pernah memaksa Katie," kata Cathi. "Bagi beliau, ianya adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan, semua jurugambar, jurusolek, dan kanak-kanak lain di sana sangat menarik dan menghiburkan. Saya fikir dia akan suka melihat gambar beliau suatu hari nanti." Adakah ini merupakan kali yang terakhir Katie melakukan modelling? atau mungkin akan datang lagi dengan adik-adiknya yang lain. Cathi dan suaminya menjangkakan kembar. Membawa seorang bayi keseluruh bandar merupakan sesuatu yang sangat sukar apatah lagi jika mahu membawa ketiga-tiga sekali."Eh," kata Cathi, sambil melihat ke arah perut beliau yang semakin membesar, "Saya mungkin perlu menimbang semula."

Kredit dan terjemahan dari : Parents.com